“Ini Bukan Kerajaan Pintu Belakang. Saya Mengalukan Muhyiddin Untuk Menyertai Saya” – Anwar Ibrahim

Trending

“Ini Bukan Kerajaan Pintu Belakang. Saya Mengalukan Muhyiddin Untuk Menyertai Saya” – Anwar Ibrahim

Susulan dari sidang media yang diadakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim siang tadi yang menyatakan bahawa beliau telah memperoleh sokongan majoriti dari semua parti untuk menubuhkan kerajaan baru, Anwar juga mengalukan penyertaan Tan Sri Muhyiddin Yasin membentuk kerajaan baru.

Advertisement

Ini bukan kerajaan pintu belakang – Anwar Ibrahim

Anwar juga mengesahkan bahawa jika beliau merujuk kepada jumlah sokongan yang diberikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi Perdana Menteri Malaysia.

Saya berharap agar Muhyiddin dapat memberikan kerjasama penuh dalam proses peralihan kuasa. Saya yakin beliau boleh terus menyumbang kepada negara melalui kerajaan baru ini.

Anwar kini sedang menunggu tarikh baru untuk menghadap YDP Agong yang ketika ini sedang dirawat di Wad DiRaja Institut Jantung Negara (IJN).

Pada bulan Februari yang lalu, kerajaan PH telah ditumbangkan apabila Tun Mahathir Mohamad telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Disebabkan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Sumber : NST 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...