“Ini Bukan Kemenangan Untuk Diri Saya” – Syamsul Dah Kembali Ke Pangkuan Keluarga, Puteri Sarah Dah Lama ‘Move On’

Hiburan

“Ini Bukan Kemenangan Untuk Diri Saya” – Syamsul Dah Kembali Ke Pangkuan Keluarga, Puteri Sarah Dah Lama ‘Move On’

Puteri Sarah Liyana berkata dirinya dianggap seperti meraikan kemenangan gara-gara perceraian bekas suaminya, Syamsul Yusof dan Ira Kazar oleh sesetengah netizen.

Menafikan tanggapan tersebut, Puteri Sarah berkata dia sama sekali tidak merasa seperti itu dan menganggap ia adalah satu takdir yang ditetapkan Allah S.W.T.

Advertisement

Ini semua adalah takdir. Saya tidak pernah anggap ini satu kemenangan. Itu hanyalah tanggapan netizen. Saya sudah tidak ada kena mengena lagi dalam cerita ini. Saya dah lama move on.

Ujarnya lagi, dia enggan lagi dikaitkan dengan kisah atau cerita yang melibatkan bekas suaminya itu.

Saya tak faham kenapa saya selalu dicari setiap kali ada isu tentang mereka. Berbadan dua cari saya, bercerai cari saya. Kasihan saya.

Mereka punya masalah saya kena temu bula, Datuk Yusof Haslam kena temu bual, Datin Patimah pun kena temu bual. Kalau boleh saya nak ‘enjoy’ sahaja.

Terdahulu, media melaporkan Syamsul Yusof telah pulang ke pangkuan ibu bapanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah usai perceraiannya bersama isteri, Ira Kazar pada 5 September lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Syamsul yusof keluarga
3 months ago

Erat Berpelukan, Syamsul Yusof Bahagia Dapat Kembali Bersama Keluarga Semula

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : HibGlam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...