“Ini Bukan ‘Joke'” – Teruk Dikecam Kerana Video Di TikTok Berbaur Seksual, Guru Praktikal Minta Maaf

Trending

“Ini Bukan ‘Joke'” – Teruk Dikecam Kerana Video Di TikTok Berbaur Seksual, Guru Praktikal Minta Maaf

Seorang guru praktikal dikenali sebagai Zeeq tampil memberi respon di TikTok mengenai isu tular yang dikaitkan dengannya di media sosial.

Video dimuat naik olehnya sebelum itu dikritik hebat kerana didakwa mempunyai unsur berbaur seksual ke atas anak muridnya.

Advertisement

Menerusi rakaman itu, dia menunjukkan ‘point of view’ ketika sedang mengajar namun hilang kata-kata dan lidah menjadi kelu selepas melihat seorang anak murid.

Selepas teruk dikecam, guru tersebut tampil membuat video permohonan maaf dan menjelaskan hal sebenar serta maksud di sebalik video tersebut.

Katanya, video yang tersebar di media sosial itu hanyalah screenshot dan bukannya video penuh membuatkan ramai salah faham.

Jelasnya, apa yang cuba disampaikan sebenarnya adalah perasaan malu apabila ada anak murid yang merenungnya ketika mengajar.

Content sebenarnya video itu adalah saya malu kalau student saya tenung saya waktu saya tengah mengajar. Itu saja yang saya cuba nak sampaikan tapi adalah beberapa pihak reshoot part-part tertentu post dekat Twitter mengatakan itu adalah grooming behavior.”

@zeeq.f

??

? original sound – zeeq and f. – zeeq and f.

Katanya, rakaman yang tersebar itu merisaukannya sehingga dia sendiri telah memadam video asal di TikTok serta meminta individu bertanggungjawab agar turut delete hantaran yang telah tular itu.

Dia mengaku bersalah dan memohon maaf kepada mana-mana pihak yang merasakan content itu sensitif. Dia sedar dia membawa nama baik sekolah dan institusi KPM yang dipandang tinggi.

Dia juga memahami etika perguruan dan akan lebih berhati-hati dalam menghasilkan sebarang content di media sosial selepas ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Celah Mana Yang Salahnya?" - Beza 33 Tahun, Netizen Berbalah Pendapat Tentang Video TikTok Guru Kahwini Bekas Pelajar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...