Minggu lalu, penyanyi Stacy telah kehilangan abang tersayang iaitu Chaq setelah ditidurkan kerana mengalami pendarahan teruk di kepala akibat kemalangan jalan raya.
Berikutan itu, Stacy bersama suami, penyanyi Akim Ahmad telah pulang ke Sabah untuk memberikan penghormatan terakhir buat mendiang Chaq.
Untuk yang kata Akim/Stacy masuk church, ini biasa di Sabah. Hanya waktu perkahwinan/kematian, tak kira agama boleh masuk Church untuk penghormatan terakhir.
Meskipun berlainan agama, Akim dilihat setia bersama Stacy bagi urusan terakhir mendiang abang iparnya itu.
“Bangga nampak Akim, sikap terbaik Akim menghormati keluarga Stacy dan orang-orang Sabah amnya. Terbaik” komen seorang netizen lagi.