Ini Barulah Flashmob, Awesome Gila ~~

Hiburan

Ini Barulah Flashmob, Awesome Gila ~~

Pada suatu hari di ofis, selepas melantak nasi berlaukkan ayam goreng, Abang Nara pun lepak-lepak di depan computer sambil surf Internet. Surfing punya surfing, tup-tup Abang Nara dah tersampai ke YouTube dan terlayan video-video flashmob yang menarik seluruh dunia.
1. Flashmob baling bantal di Toronto

2. Flashmob lagu “I Got A Feeling” untuk Oprah

Advertisement

3. Flashmob Lightsaber di Bristol

Tengah syok-syok melayan, Abang Nara terfikir sesuatu. Takkanlah Malaysia tak ada flashmob yang best-best jugak. Dengan pantasnya Abang Nara search “Malaysia flashmob”. Dalam banyak-banyak video yang Abang Nara jumpa, video flashmob di bawah ini Abang Nara rasa yang terbaik orang kita pernah lakukan.

Awesome kan? Memang terbaik gila. Flashmob buat kat KLIA tue. Siap ada pakcik guard join sekali. Abang Nara boleh bayangkan betapa terkejutnya semua orang yang tengah lalu lalang kat situ. Mana taknya, tiba-tiba entah dari mana muncul orang menari dan menyanyi . Harap-harap tak ada yang terlepas flight.

flashmob

Apa yang paling best bagi Abang Nara tentang video ini ialah ada semangat 1Malaysia di dalamnya. Flashmob flashmob jugak, tapi identity negara kita memang jelas terserlah di dalam nie. Good job kepada mereka yang organize flashmob nie. Seriously you have my respect bro!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

65 Comments

  1. mail lambung

    January 20, 2012 at 4:20 pm

    cute la awek yg nyanyi tu..hehe

  2. NTAH!

    January 20, 2012 at 11:52 am

    Alamak Bang Nara…ni bukan semangat 1Malaysia. Ini sume budaya barat. Dorg yg start dulu. Baik dorg ni berdikir barat/boria je kat situ dari terkinja2.

  3. mizlyna

    January 20, 2012 at 9:27 am

    not really a flashmob la.. bcoz normally flashmob ade satu ketua or wht so ever tataw nama die akan spread bout this and org lain akan hafal tarian and be there when and where.

  4. zue

    January 20, 2012 at 5:35 am

    This is the best from my opinion. Enjoy!
    [youtube http://www.youtube.com/watch?v=NB3NPNM4xgo&w=560&h=315%5D

  5. raihana

    January 20, 2012 at 12:47 am

    abg nara, correction.. tue bukan guard KLIA.. itu polis KLIA… sian org tue kena panggil guard… huhu

    • alyssa

      January 20, 2012 at 4:12 pm

      betol sbb sy salah seorang anggota…

    • Bodyguard KLIA

      January 20, 2012 at 10:22 pm

      Sama jer kot kejenya.. Check orang cam guard,, hehehe

Loading...