Ini Baru The ‘REAL’ OG. Berani Ambil Jalan Yang Orang Tak Pernah Cuba & Kini Jadi Ikon

Hiburan

Ini Baru The ‘REAL’ OG. Berani Ambil Jalan Yang Orang Tak Pernah Cuba & Kini Jadi Ikon

Nak jadi original ni bukan senang. Baru nak mula, orang dah mula persoalkan macam-macam. Yelah, siapa yang berani nak mula dari jalan yang orang tak pernah lalu kan?

Kadang-kala yang memilih jalan sendiri ni pula, tak mengharapkan sebarang balasan apatah lagi pengiktirafan, mereka cuma mahu lakukan apa yang diminati. Tapi gerakan ‘kecil’ mereka inilah yang berjaya mencipta satu legasi.

Advertisement

Seperti Red Bull yang sentiasa ada di belakang mereka yang memilih menjadi original.
Memberi tenaga untuk terus mencabar limitasi, walaupun belum ramai yang percaya. Di Malaysia, tiga perintis INI jadi bukti memilih originaliti mampu mencipta satu ledakan!

Pa’din Musa- Lagenda Mencipta Legasi, Ubah Cabaran Jadi Pengiktirafan

Kisah Pa’Din Musa ni mungkin ramai generasi muda kurang tahu, yang skateboard di Malaysia dulu pernah dianggap sebahagian daripada budaya jalanan yang agresif… Ahli skater kena aim ‘nakal’, dihalau dari pusat beli-belah, dan dianggap tak ada masa depan.

Pa’din Musa berani mengubah persepsi ini. Bagi dia, skateboard bukan sekadar aksi tapi merupakan satu disiplin, budaya, dan seni.

Dengan ketekunan dia berlatih dan yakin pada diri sendiri, Pa’din berjaya menempatkan nama Malaysia di pentas antarabangsa sebagai juara dua kali X Games Asia, sekali gus menjadi ikon yang membuka jalan buat generasi seterusnya dan mencipta legasi.

“Aku tak tunggu orang buka jalan. Aku cipta jalan sendiri,” katanya.

Hari ini, Malaysia bukan saja ada skatepark dan pasukan pro, tapi sukan skateboarding juga telah melangkah jauh hingga menjadi acara rasmi Olimpik.

Pa’din bukan sekadar mengejar mimpi. Dia mencetuskan satu gerakan yang mengubah wajah skateboarding di Malaysia.

Renee Tan – Pecah Stereotaip & Berjaya Jadi Climber No.1 Negara

Masa pandemik dulu, waktu pergerakan sedikit terbatas, Renee Tan temui kebebasan dengan wall climbing (memanjat dinding). Ada yang kata “sukan ni untuk lelaki, tiada tempat untuk perempuan.

Tapi Renee tak ambil kisah dengan cakap-cakap belakang orang. Semangatnya jadi makin membara. Dia terus mendaki, jatuh dan bangkit semula hingga kini menjadi climber wanita No.1 dalam arena bouldering negara.

Kisah Renee membuktikan bahawa apabila seseorang percaya pada diri sendiri, halangan yang tinggi pun boleh ditawan. Hari ini, climbing gym di seluruh negara semakin dipenuhi wanita yang berani mencabar diri dan mencipta ruang mereka sendiri.

Renee bukan saja memanjat tembok, tapi dia juga jadi inspirasi kerana berjaya pecahkan tembok stereotaip, dan baut lebih ramai wanita percaya diri bahawa tempat mereka ada di mana-mana, selagi mereka berani mencuba.

Colin Wong – Yakin Pada Potensi Baru & Kini Pemegang Gelaran Terbaik Di Asia

Pickleball satu ketika dulu agak kurang dikenali di Malaysia. Tapi Colin Wong nampak potensinya, sukan ini mampu menyatukan generasi dan membina komuniti baru.

Ketika belum ramai kenal sukan ni, Colin angkat paddle dan mula dari bawah, dia bina komuniti, latih atlet, dan kenalkan sukan ini ke seluruh negara.

“Ada masa yang asli nampak tak cool… sehinggalah ia mengubah segalanya,” katanya.

Kini pickleball menjadi antara sukan yang berkembang paling pantas di dunia, dan kat Malaysia pun sama.

Apa yang dulu asing, kini menjadi pentas melahirkan juara masa depan.

Colin bukan sekadar bermain pickleball, tapi menjadi pembuka jalan untuk komuniti ini berkembang di Malaysia.

Berani Menongkah Arus & Cipta Gelombang Baru

Pa’din, Renee dan Colin.

Inilah tiga anak Malaysia dari dunia berbeza, tapi punya satu perkara yang sama: mereka berani jadi ORIGINAL. Mereka percaya pada haluan sendiri, mengharungi cabaran, dan membina sesuatu yang kekal memberi inspirasi.

Red Bull lahir dengan semangat yang sama, minuman tenaga original yang dipercayai oleh mereka yang berani menolak batas dan mencipta perubahan sebenar.

Kerana tanpa yang Original, tiada apa yang bermula.

Pilih Original, Pilih Red Bull.

Nak terus kekal terinspirasi? Ikuti Red Bull Malaysia di Facebook dan Instagram @redbullmalaysia. Info lanjut, layari laman rasmi RED BULL® Malaysia.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...