Pengacara dan pelakon popular Alif Satar baru-baru ini meluahkan rasa terharu apabila usahanya mengajak orang ramai menghadiri solat Subuh berjemaah di masjid menerima sambutan yang amat baik dari warga sekitar.
3,000 jemaah solat Subuh
Melalui hantaran di Instagram miliknya, Alif bangga dengan pencapaian ribuan jemaah yang sanggup hadir bagi mengerjakan fardhu Subuh beramai-ramai di masjid tersebut. Katanya, jika hari-hari ramai jemaah yang hadir seperti hari itu, tidak mustahil Muslim akan menang dalam peperangan di Palestin.
Macam ni hari-hari, satu negara, confirm menang. #GengSubuhMacamJumaat.
View this post on Instagram
Larian pagi bersama jemaah
Pada masa yang sama, di hantaran yang lain juga, Alif kelihatan sedang membuat larian pagi bersama 3k jemaah yang hadir semasa Subuh itu. Bukan sahaja Alif mengajak orang ramai untuk menunaikan solat beramai-ramai, selebriti ini juga mengalu-alukan mereka untuk ikut turut mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Selalunya lepas Subuh aku lari sorang-sorang tapi pagi ni, 3k orang join aku lari pagi-pagi.
View this post on Instagram
Semenjak pelakon ini memulakan gerakan #GengSubuhMacamJumaat, semakin hari semakin ramai terlihat jemaah yang hadir di masjid kawasan masing-masing bagi mengerjakan solat Subuh. Hal ini justeru telah menerima pujian dari warga sekitar yang turut memuji gerakan mulia yang ditubuhkan oleh artis terkenal ini.
Kata Alif, dia akan sentiasa meneruskan amalan ini supaya akan lebih ramai yang tertarik dan ikut berjemaah di masjid beramai-ramai. Hal ini bukan sahaja akan memberi impak yang baik pada masyarakat tetapi juga untuk amalan diri masing-masing.