“Ini Baru Dikatakan Suami Dayus” – Pakai Gaun Seksi & Nampak Lurah, Dr Say Dikritik Biar Isteri Tayang Aurat

Trending

“Ini Baru Dikatakan Suami Dayus” – Pakai Gaun Seksi & Nampak Lurah, Dr Say Dikritik Biar Isteri Tayang Aurat

Doktor selebriti yang dikenali oleh peminatnya dengan nama Dr Say Shazril sering mendapat perhatian kerana perkongsian yang dibuatnya di media sosial.

Namun, kali ini Dr Say mendapat perhatian warganet kerana hal yang lain pula di mana dia telah menerima kritikan ramai disebabkan pemakaian isterinya.

Advertisement

Menerusi video dimuat naik oleh bapa kepada dua anak itu di Instagram, Dr Say berkongsi tentang outfit dan acara yang dihadirinya bersama isteri semalam.

Bagaimanapun, gaun digayakan oleh isterinya yang juga merupakan seorang doktor, AzuraAbas mengundang kecaman ramai pengikut Dr Say di platform media sosial tersebut. Dr Azura dilihat memakai gaun ciptaan pereka fesyen terkenal, Melinda Looi yang menampakkan bahagian atas dada dan bahunya.

Menjengah ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata pengikut pasangan itu mengkritik tentang Azura yang tampil seksi sehingga menampakkan lurah.

Ada yang akui selama ini mengikuti doktor itu di Instagram kerana perkongsiannya tentang kesihatan namun kini berasa kecewa selepas dia dikatakan membiarkan isteri mendedahkan aurat sebegitu rupa.

Meskipun dikritik ramai netizen, segelintir dilihat mendoakan agar isterinya diberikan hidayah untuk menutup aurat serta ada yang turut memuji kecantikan Azura.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Orang Nak Fikir Apa, Fikirlah" - Dr Say Mengaku Pernah Sertai Pertandingan Badan Cantik Di Kelab G*y

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...