Selebriti dan juga penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila dia dengan ‘selamba’ menunjukkan cara menghidangkan makanan kepada suaminya hanya menggunakan jari.
Sharifah Shahira yang lebih mesra dikenali sebagai Shiera itu tampil berkongsikan video pendek cara melayan suami di meja makan itu di ruangan Instagram miliknya untuk tatapan peminat.
Dalam video tersebut kelihatan Shiera sedang menyediakan juadah berupa lauk tempoyak pucuk ubi Induk.
View this post on Instagram
“Tempoyak campur petai dalam tu uols, jadinya senang sahaja penyediannya. Oh sorry, lah pakai tangan, laki nak makan, air tangan isteri!” ujar Shiera berseloroh.
Shiera juga sempat ‘mencuri’ lauk suaminya iaitu Ijoy Azhari sambil menggaul tempoyak tersebut lalu menggelarnya sebagai ‘air tangan isteri’.
Rata-rata peminat terhibur dengan gelagat pasangan ini yang sering bergurau antara satu sama lain.
View this post on Instagram
Terdahulu, Shiera yang berkongsi hidup dengan pelakon Ijoy kini bahagia dengan kehadiran lima orang cahaya mata iaitu Airell,12, Airra,9, Auddra,7 dan Adeena yang kini berusia 3 bulan.
Shiera juga mempunyai seorang anak perempuan, Allisya, hasil perkahwinannya yang terdahulu bersama Jatt Black Dog Bone.