Ini Antara Sebab Mengapa Kes Kematian COVID-19 Lebih Ramai Melibatkan Pesakit Diabetes

COVID-19

Ini Antara Sebab Mengapa Kes Kematian COVID-19 Lebih Ramai Melibatkan Pesakit Diabetes

Purata setiap negara yang diserang wabak COVID-19 masih mencatatkan kenaikan dari segi kes kematian akibat wabak virus itu pada setiap hari.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit di Amerika Syarikat melaporkan hampir 90 peratus jumlah pesakit positif COVID-19 terdiri daripada pesakit yang menghidap penyakit kronik.

Penyakit kronik yang dilaporkan termasuklah darah tinggi, obesiti, diabetes mellitus, penyakit berkaitan paru-paru dan jantung. Dr Muhammad Shahruddin, Pakar Perubatan Dalaman Hospital Columbia Asia pula menyatakan pesakit diabetes mellitus menyumbang 30 peratus dalam statistik yang ditunjukkan.

Advertisement

Sebahagian pesakit COVID-19 yang menunjukkan simptom dan komplikasi yang parah dan juga yang membawa maut dikesan menghidapi penyakit kencing manis.

Faktor lain yang menyumbang kepada penurunan tahap kesihatan dan peningkatan kesan jangkitan COVID-19 berdasarkan jumlah virus, replikasi virus di paru-paru pesakit dan juga reaksi imuniti terhadap virus.

pesakit warga tua

Pesakit COVID-19 yang telah sembuh sebanyak 80 peratus menunjukkan sistem imun mereka memberikan tindak balas normal untuk melawan virus.

Terdapat segelintir sistem imuniti pesakit bertindak dengan melampau atau berlebihan mengakibatkan keadaan pesakit semakin teruk.

Teori saintis terhadap persoalan pesakit diabetes mempunyai risiko yang lebih tinggi kerana sistem imuniti normal yang sudah terjejas.

Pesakit diabetes turut dijangkiti kuman lain seperti influenza dan bakteria. Ini menyebabkan terdapat perbezaan dalam respons imun kepada jangkitan COVID-19.

Pesakit diabetes yang dijangkiti COVID-19 berkemungkinan boleh mendapat komplikasi lain seperti kandungan glukosa terlalu rendah atau tinggi (hipoglisemia) dan komplikasi ketoasidosis kencing manis.

Warga emas yang menghidap diabetes dan dijangkiti COVID-19 mempunyai risiko kematian yang tinggi.

ubat

Oleh itu, pesakit yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis perlu menggandakan penjagaan kesihatan terutama dengan memastikan bekalan ubat mencukupi dan mengambil rawatan yang diberikan oleh doktor.

Pesakit diabetes juga perlu lebih berhati-hati dengan pengambilan makanan yang mengandungi kadar gula atau karbohidrat yang tinggi.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan untuk mengelakan diri daripada menerima jangkitan COVID-19.

Sehingga semalam, Malaysia merekodkan 5,482 kes positif COVID-19 dan 92 kes kematian.

Meskipun terdapat penurunan angka kes baharu setiap hari, namun rakyat Malaysia tidak boleh memandang tindakan memerangi wabak ini sudah tamat.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...