Ini Antara Sebab Mengapa Anda Wajib Menonton Boboiboy Movie 2 Hujung Minggu Ini

Trending

Ini Antara Sebab Mengapa Anda Wajib Menonton Boboiboy Movie 2 Hujung Minggu Ini

Filem animasi tempatan Boboiboy Movie 2 telah berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM15.8 juta dalam masa 8 hari tayangan! Filem tersebut yang menemui penonton pada 8 Ogos lalu mencetuskan kembali fenomena watak adiwira Boboiboy bukan sahaja dalam kalangan kanak-kanak tetapi juga dewasa.

Boboiboy Movie 2 turut ditayangkan serentak di lima buah negara antaranya ialah Indonesia, Singapura, Brunei, Vietnam dan Malaysia.

Advertisement

Untuk anda yang masih belum menonton, kami kongsikan review daripada salah seorang penonton Boboiboy Movie 2 iaitu Muhammad Yusof di laman Facebook nya.

Saya melihat dua perkara asas yang membuatkan saya tertarik dengan filem ini iaitu ianya menghiburkan dan pada masa yang sama ia adalah sebuah filem yang berfalsafah.

Secara asasnya, filem ini adalah sebuah filem berkonsepkan budaya Malaysia. Ada watak melayu, ada watak cina, ada watak india dan watak-watak ini saling-melengkapi antara satu sama lain tanpa ada sebarang prejudis.

Segalanya adalah berteraskan budaya Malaysia, rakyat berbilang kaum Malaysia, jatidiri rakyat Malaysia dan semangat setiakawan rakyat Malaysia. Ini falsafah paling penting yang cuba diterapkan dalam filem ini.

Nilai kemanusiaan

Dalam filem ini juga, kita faham bahawa kadangkala nilai kemanusiaan melangkaui batasan kejahatan. Kita boleh lihat melalui watak Boboiboy menyelamatkan Adudu dan Probe dalam babak awal filem ini.

Dia boleh sahaja tak tolong Adudu tapi atas dasar kemanusiaan dia bantu juga dan akhirnya Adudu pula yang tolong team dia selepas tu. Nampak tak konsep kalau kita buat baik pada orang, natijahnya pun akan jadi baik akhirnya.

Semangat bangkit melawan

Filem ini juga bercerita tentang ‘semangat bangkit melawan’ anak-anak muda. Ya, Boboiboy dan kawan-kawannya sanggup meninggalkan ‘comfort zone‘ harian mereka untuk melawan kejahatan, kekejaman dan penindasan.

Sekarang ini memang banyak filem tentang anak muda tetapi boleh dikatakan hampir kesemuanya hanya menjurus kepada anak-anak muda dari perspektif yang negatif seperti mat rempit, minah rempit, lumba kereta haram, remaja yang bergelumang dengan kancah maksiat, kisah cinta remaja, dan gangsterisme.

Sikap menghormati guru

Persoalan ini juga diangkat di dalam filem ini. Mungkin pihak produksi sedar ‘target audience‘ mereka pastinya ramai dari golongan kanak-kanak. Ini satu perkara yang sangat bagus kerana sekarang ini banyak sangat isu berkaitan murid bersikap kurang ajar.

Jadi sekurang-kurangnya filem ini menyampaikan mesej agar hormatilah guru walaupun disampaikan dalam nada lawak semasa babak perguruan Boboiboy dan tok gurunya.

Selain daripada review ini, ramai juga yang berkongsikan komen positif mereka selepas menonton filem ini. Bukan kanak-kanak sahaja yang suka tetapi orang dewasa pun sama.

screenshot twitter
screenshot twitter
screenshot twitter
Mesti anda semua dah tak sabar untuk menonton kan? Jadi jom ramai-ramai serbu pawagam hujung minggu ini. Selamat menonton!

Sumber: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...