Ini Antara Isu Penting Seluruh Dunia Terlepas Pandang Ketika Sibuk Dengan Berita Wabak COVID-19

COVID-19

Ini Antara Isu Penting Seluruh Dunia Terlepas Pandang Ketika Sibuk Dengan Berita Wabak COVID-19

Penularan wabak COVID-19 atau Coronavirus yang bermula daripada Wuhan, China kini telah mengakibatkan 36,000 kematian di seluruh dunia setakat ini. Penularan yang serius di seluruh negara ini membuatkan tumpuan yang lebih dari media tempatan mahupun antarabangsa tentang isu ini.

Dalam pada kita sibuk memerangi penularan wabak ini, tahukah anda kita sudah terlepas pandang beberapa berita penting yang berlaku namun ‘tenggelam’ kerana isu COVID-19. Di sini, kami kongsikan kepada anda apakah yang sedang berlaku di seluruh dunia selain daripada isu wabak dari China ini.

Advertisement

Identiti penjenayah seks ‘Nth Chatroom’ terbongkar

nth chatroom

Pihak polis Korea Selatan berjaya membongkarkan individu di sebalik jenayah seks yang berlaku di sebuah ruang sembang di Telegram yang dikenali sebagai kes ‘Nth Room’. Penjenayah yang berusia 24 tahun itu dikenali sebagai Cho Ju Bin yang merupakan dalang utama di sebalik kes ini.

Di dalam ruang sembang aplikasi tersebut, seramai 260,000 pengguna turut terlibat di dalam medium yang digunakan sebagai penyebaran gambar dan video pornografi melibatkan gadis di bawah umur. Menurut sumber, Cho telah menjanjikan pekerjaan sementara kepada gadis-gadis itu sebelum mengugut mereka.

selebriti korea selatan

Malah, Cho juga cuba mengupah staff untuk meletakkan kamera tersembunyi kepada dua selebriti terkenal Korea Selatan iaitu pelakon Shin Se Kyung dan penyanyi kumpulan Apink iaitu Bomi. Namun, usaha itu gagal selepas staff tersebut diketahui orang lain dan dia kini dikenakan hukuman penjara.

Rakyat Korea Selatan juga telah melancarkan satu petisyen bagi membongkarkan 260,000 ahli ruang sembang itu untuk mendapatkan keadilan. Pihak polis Korea Selatan kini sedang mencari dalang yang mencipta ruang sembang itu bersama Cho Ju Bin.

Penembak insiden Masjid Christchurch mengaku bersalah

Masihkah anda ingat tentang insiden tembakan di sebuah masjid di New Zealand pada awal tahun 2019? Di dalam kejadian itu, seramai 51 orang terbunuh di dalam kejadian tembakan rambang oleh seorang lelaki berkulit putih di dua buah masjid.

penembak masjid christchurch

Dua masjid yang terlibat iaitu Masjid Linwood dan Masjid Christchurch ketika para jemaah sedang melakukan solat Jumaat. Lebih menjijikkan, kejadian ini turut dirakamkan secara langsung di akaun media sosial penjenayah sebagai bahan tontonan. Lelaki yang dikenali sebagai Brenton iti dibicarakan dan pada 26 Mac lalu dia membuat pengakuan mengejutkan.

Semasa perbicaraan, Brenton telah mengaku bersalah di atas tindakannya itu dan perkara ini mengejutkan ramai pihak. Ini kerana dia telah mengubah pengakuannya daripada tidak bersalah kepada bersalah berbanding perbicaraan sebelum ini.

Sepatutnya, mahkamah menetapkan bulan Mei ini bagi perbicaraan hukuman namun dalam situasi sekarang ianya mungkin akan ditangguhkan. Brendon mengaku bersalah di atas 51 tuduhan bunuh, 40 tuduhan cubaan membunuh dan 1 tuduhan melakukan tindakan pengganas.

Penemuan benua yang hilang ditemui di Kanada

benua kanada

Para saintis telah menemui sebuah benua baru yang terletak betul-betul di bawah benua yang sedia ada. Penemuan benua yang hilang ini ditemui dengan cara yang unik iaitu dengan penemuan berlian.

Menurut sumber, sebuah lombong berlian telah mengumpulkan berlian dan Kimberlit (batu dari gunung berapi) yang sepadan dari segi kimianya dengan sebuah benua yang terbentuk sejak 3 billion tahun yang lalu.

Menurut anggaran, benua tersebut telah meletup dan pecah kira-kira 150 juta tahun yang lalu namun sebahagian daripadanya masih lagi berada di Amerika Utara. Penemuan benua ini juga membuktikan ianya bersaiz 10% lebih besar daripada apa yang dipercayai para saintis sebelum ini.

Perang antara Mesir dan Ethiopia semakin hampir

perang-mesir-dan-ethiopia-semakin-hampir

Sungai Nil yang merupakan antara Keajaiban Dunia menjadi subjek pergaduhan di antara Mesir dan Ethiopia kini. Pembinaan sebuah empangan di Sungai Nil telah membangkitkan kemarahan penduduk Mesir yang sudah beribu tahun bergantung padanya.

Empangan dikenali sebagai Grand Renaissance itu dibina di Sungai nil dan menjadi kebanggan kepada Ethiopia. Malangnya, pembinaan empangan itu bakal menggugat Mesir yang sebelum ini mempunyai kuasa sepenuhnya pada sungai terpenting di dunia itu.

Isian takungan empangan itu bakal memberikan masalah kepada Mesir kerana gangguan pada aliran sungai ini pastinya akan merosakkan ekonomi negara secara drastik. Lebih buruk lagi, sumber air bagi negara Mesir akan terjejas memandangkan rakyat Mesir menggunakan 90% daripadanya sebagai sumber air minuman.

Ketegangan di antara Mesir dan Ethiopia seperti tiada kesudahannya apabila kedua-duanya seperti tidak boleh mencapai kata sepakat. Pakar meramalkan sekiranya tiada persetujuan yang boleh diselesaikan dengan cara yang baik, kedua-dua negara ini mungkin akan mengambil langkah yang drastik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...