“Ini Antara Benda Paling Saya Sayang”, Anak Murid Hadiahkan Beyblade Buat Cikgu

Kehidupan

“Ini Antara Benda Paling Saya Sayang”, Anak Murid Hadiahkan Beyblade Buat Cikgu

Semasa zaman sekolah dulu kita semua ada pengalaman atau kenangan bersama cikgu yang tak dapat dilupakan. Hubungan antara cikgu dan anak murid memang tak dinafikan sememangnya akrab di sekolah.

Menerusi akaun Twitter @fitriazmann berkongsikan kenangan terakhir bersama anak muridnya sebelum menamatkan perkhidmatannya di sekolah itu.

Advertisement

Sebelum berpisah anak muridnya berpakat memberikan hadiah buat kenangan padanya sebagai tanda kenangan. Tetapi dalam banyak-banyak, ada satu hadiah yang tak dapat dilupakan. 

“Aku rasa tertarik dgn satu hadiah yg diberikn oleh ketua kelas tahun 3 Tekun sebab dia bagi hadiah beyblade. Bila baca surat yg dia tulis, baru tahu sebabnya.”

hadiah tulisan anak murid
Biasanya bukan senang untuk budak-budak berkongsi barang yang paling disayangnya kan? Lagi-lagi kalau nak diserahkan terus pada orang lain. Tapi mungkin kerana perasaan sayang pada cikgunya ini dia tidak teragak-agak untuk hadiahkan.


Selain itu ada juga yang berkongsikan pengalaman terima hadiah kenangan daripada anak murid masing-masing. Hadiah apa tak penting tetapi keihlasan tu yang menyentuh hati mereka.



Kalau dulu biasanya Hari Guru hadiah yang famous cikgu selalu dapat cawan mug tak pun pasu bunga kecil. Tapi sekarang ni hadiah makin ‘rare’.

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...