Tips Hadapi Jerebu Yang Korang Semua Perlu Tahu

Kehidupan

Tips Hadapi Jerebu Yang Korang Semua Perlu Tahu

Malaysia pada hari ini sedang berdepan dengan masalah jerebu yang semakin teruk. Banyak sekolah-sekolah terutamanya di Sarawak dilaporkan sudah ditutup akibat daripada bacaan paras Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Pusat Metereologi Khas Asean (ASMC) memberi amaran keadaan berjerebu di Malaysia dijangka akan bertambah buruk berikutan penambahan titik panas yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia menurut Malay Mail.

Advertisement

IPU naik dari 52 ke 206

Menurut ASMC berdasarkan data yang diperolehi menunjukkan titik panas di Sumatera terus merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 206 pada 8 September daripada hanya 52 pada 7 September, walaupun Indonesia menafikannya.

Indeks IPU dari 52 ke 206

Masalah jerebu di Semenanjung dikhuatiri semakin serius hari ini, apabila 11 lokasi di beberapa negeri mencatatkan skala bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, berdasarkan data Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS).

IPU tidak sihat sejak 8 September

Jadi pada musim jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung, pesakit jantung dan respiratori dan juga mereka yang sensitif kepada habuk.

Apakah langkah berjaga-jaga yang boleh di ambil di rumah?

jerebu di semenanjung

Jangan buka tingkap

Tutup semua tingkap, pintu dan mana-mana bukaan yang boleh membenarkan jerebu untuk memasuki rumah anda.

Pasang penghawa dingin

pasang penghawa dingin

Menghidupkan penghawa dingin jika ada. Pastikan pengudaraan yang memadai di ruang tertutup.

Hidupkan pembersih udara

pasang pembersih udara

Gunakan alat pembersih udara untuk menjaga tahap zarah rendah. Alat pembersih udara boleh digunakan untuk mengurangkan jumlah bahan cemar udara yang boleh beredar di dalam rumah anda.

Apakah langkah-langkah yang boleh diambil ketika berada di luar rumah?

Gunakan topeng muka N95

Walaupun masyarakat dinasihatkan berada di dalam sesebuah bangunan, Kementerian Kesihatan mengesyorkan penggunaan alat pernafasan seperti topeng muka N95 berbanding topeng “pembedahan” yang boleh didapati di kebanyakan farmasi.

cara pemakaiaan topeng N95Alat pernafasan N95 berfungsi dengan lebih baik kerana ia menyekat udara tercemar daripada memasuki hidung dan mulut. Ia juga dilengkapi dengan penapis untuk menghapuskan zarah halus dalam jerebu dan boleh meningkatkan usaha pernafasan.

pakai penutup mulut

Namun, ia tidak bersesuaian untuk wanita hamil dan kanak-kanak. Kumpulan ini dinasihatkan untuk sentiasa berada di dalam rumah.

Individu yang mempunyai sakit paru-paru atau jantung yang berasa tidak selesa apabila memakai alat pernafasan N95 perlu berhenti berbuat demikian dan berunding dengan doktor.

minumlah air banyak masa jerebuIngat minum air masak! 

Anda mungkin selalu mendengar dua perkataan di atas dari kecil lagi, dan memang sepatutnya, kerana ada sebab yang baik.

Anda seharusnya minum 2 liter air setiap hari, untuk memastikan diri ada sentiasa terhidrat. Air juga diperlukan untuk mengepam keluar toksin diserap melalui kulit dan paru-paru.

Kerap cuci tangan dan muka 

Walaupun kita tak keluar daripada rumah, tapi kulit kita masih menyerap udara-udara kotor. Cuci muka dan tangan korang sekerap yang boleh. Jangan malas mandi kalau nak keluar daripada rumah tau?

Jadi inilah dia tips yang anda semua boleh ikuti semasa jerebu melanda. Selain dari menjaga diri semasa jerebu, anda boleh elakkan jerebu dengan tidak mengamalkan pembakaran secara terbuka.

Kita kan berkongsi udara yang sama. Jadi ambil peduli tentang orang lain juga.

Jika anda ingat mengetahui lebih lanjut mengenai Index Pencemaran Udara(IPU), layari APIMS.

Sumber: Malay Mail, astro awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...