‘Ini Adalah Scammer’ – Akaun Palsu Guna Video Live Siti Nurhaliza Tawar Hadiah, Jangan Terpedaya!

Hiburan

‘Ini Adalah Scammer’ – Akaun Palsu Guna Video Live Siti Nurhaliza Tawar Hadiah, Jangan Terpedaya!

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memohon orang ramai supaya tidak terpedaya dengan akaun palsu yang menggunakan namanya untuk memerangkap mangsa.

CTDK
3 years ago

Guna Nama Untuk Tujuan 'Scam', Siti Nurhaliza Beri Amaran Kepada Individu Agar Padam Akaun Palsu Dengan Segera

Advertisement

Difahamkan, akaun palsu tersebut menggunakan video serta gambar penyanyi tersohor ini memancing mangsa dengan cara menawarkan ganjaran wang ringgit. Lebih parah lagi apabila sudah ada yang tertipu!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Saya kira sebagai pengguna media sosial, saya ada tanggungjawab saya sendiri. Alhamdulillah, beberapa kali saya tidak berputus asa untuk muat naik mengenai akaun palsu dan scammer yang berleluasa menggunakan video, gambar dan nama saya, sekurang-kurangnya ada dalam kalangan anda yang semakin alert, tahu dan berhati-hati dengan hal ini.

Setiap hari akaun2 ini akan menggunakan video live saya yang kononnya saya sedang live (mereka ambil dari instagram saya dan gunakan video-video saya untuk menipu mangsa) dan menjanjikan ganjaran.

Jika anda merasa kita semua adalah pengguna media sosial yang bijak, bayangkan setiap hari masih ada yang terpedaya dan melayan akaun-akaun ini.

Saya beruntung kerana semakin ramai yang alert, membuat report, menasihati serta menyebarkan bahawa akaun ini adalah scammer.

Mereka tidak serik, kita doakan agar Allah buka hati mereka dan bertaubat. Kita yang ada kesedaran ini, kita usaha untuk sebarkan kebaikan dengan menyedarkan lebih ramai orang supaya tidak terpedaya!

REPORT!!

Menurut Siti Nurhaliza lagi, setiap hari masih ada yang terpedaya melayan akaun-akaun palsu yang menggunakan video kononnya dia sedang live. Walau pun sudah ‘report’, scammer ini nampaknya masih belum serik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Oleh itu, Siti memohon bantuan orang ramai supaya akaun ini dapat dipadamkan dengan serta merta.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...