“Ini Adalah Proses, Saya Perlu Tempuhi..” – Erra Fazira Akui Membesarkan Anak Gadis Semakin Mencabar, Masih Dipantau Ketat

Hiburan

“Ini Adalah Proses, Saya Perlu Tempuhi..” – Erra Fazira Akui Membesarkan Anak Gadis Semakin Mencabar, Masih Dipantau Ketat

Pelakon popular, Erra Fazira akui membesarkan seorang anak gadis semakin mencabar pada zaman kini. Katanya, zaman sekarang semuanya bermain dengan emosi dan haruslah perlu amat bersabar.

Semua adalah proses

Tambahnya, sebagai seorang ibu, dirinya haruslah menyahut cabaran tersebut dan cuba membesarkan anak gadisnya dengan baik dan anggap ia satu proses normal dalam pembesaran anak-anak.

Advertisement

Saya akui membesarkan anak perempuan semakin mencabar. Mereka semua main dengan emosi. Kadang-kadang mereka pun tak tahu kenapa mereka moody.

 

Tapi ini adalah proses, bila tanya ibu-ibu yang lain semua jawab ini adalah proses. Jadi saya perlu tempuhi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharhim Khan Ansari (@sharhimkhan)

Anak sering dipantau

Bukan itu sahaja, ketika ditanya berkenaan pergaulan anak perempuannya, pelakon berumur 50 tahun ini mendedahkan dirinya masih memantau dan mengawal pergaulan anaknya.

Sebagai contoh, jika ingin keluar bersama kawan-kawan, haruslah diteman olehnya atau bapanya. Bagi Erra, perkara tersebut perlu dilakukan lagi-lagi di zaman sekarang ini.

Kalau pergi mana-mana pun berteman. Dia pun tak sebebas mana lah. Pergi mesti berteman kalau tak dengan saya, dengan bapa dia.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

abby abadi
2 months ago

"Aslam Bukanlah Orang Boleh Berpoligami, Saya Nampak Dia..." - Abby Abadi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...