Ini Adalah Petunjuk Kecil Dari Allah Untuk Nabila – Amy Search

Hiburan

Ini Adalah Petunjuk Kecil Dari Allah Untuk Nabila – Amy Search

Tidak dinafikan nama Nabila Huda penuh dengan kontroversi. Sebut sahaja nama Nabila Huda, pasti terbayang seorang wanita yang imejnya seksi, sering bertukar kekasih dan tidak peduli dengan kata-kata orang. Terlibat dengan kemalangan semalam, ramai yang menyatakan ia satu petunjuk daripada Allah kepada Nabila.

nabila huda

Advertisement

Malah ayah kepada Nabila Huda, Amy Search turut sama mengeluarkan pendapat yang serupa. Malah Amy menyokong kata-kata bekas suami Nabila Huda mengenai membawa cucunya ke tempat kerja. Kata Amy Search kepada portal Murai:-

Kalaus saya berada di pihak Eddie, saya tidak mahu membawa anak saya pergi ke tempat kerja. Namun, benda sudah jadi. Lagipun saya tidak tahu menahu sama ada Nabila pernah bawa Keisha ke kerja sebelum ini atau pun tidak.

Tapi, kalau dia bawa pergi melancong itu memang ada.. Dengan apa yang terjadi sekarang ini, Nabila kena ambil tahu segala macam perkara.Bagi saya, ini adalah petunjuk kecil dari Allah untuk Nabila.

nabila huda

Setiap perkara yang terjadi, pasti ada hikmahnya. Malah ada pengajaran buat kita semua. Mungkin kemalangan ini akan menjadi titik tolak kepada Nabila untuk menjadi seorang ibu dan insan yang lebih baik. Siapa tahu kan? Malang memang tidak berbau. Sama-samalah kita lebih berhati-hati ketika memandu terutamanya ketika bersama anak tersayang.

P.S: Informasi lengkap mengenai Honda Accord 2013 serba baharu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...