Akhirnya bersuara tentang kontroversi yang melanda rumah tangganya, Aliff Aziz tampil memohon maaf kepada Ruhainies, ahli keluarga serta rakan-rakan industri kerana ikut terlibat sama dalam hal tersebut.
Banyak melibatkan orang lain
Kata penyanyi ini, permohonan maaf itu adalah kerana rasa bersalah disebabkan mereka turut terheret dalam hal peribadinya.
Kepada semua rakan-rakan artis dalam industri hiburan tanah air Malaysia, Singapura, kawan-kawan media, netizen dan sebagainya, saya benar-benar mohon maaf.
Minta maaf untuk semua perkara yang berlaku, ini adalah urusan peribadi yang sepatutnya kekal secara peribadi, akan tetapi ia telah pun diketahui umum.
View this post on Instagram
Ingin muhasabah diri
Selain itu, suami kepada Bella Astillah ini juga berpendapat sudah tiba masanya untuk dia membaiki dirinya serta berubah secara perlahan-lahan untuk menjadi individu yang lebih baik.
InsyaAllah, ini adalah masanya untuk saya muhasabah, do my best to reset everything dan perbetulkan diri secara perlahan-lahan. Move on from here.
Saya hanya mampu memohon maaf, yang sangat-sangat saya harapkan adalah doa. Dengan segala apa yang telah berlaku, kita tidak tahu siapa yang Allah angkat, doakan untuk saya.
View this post on Instagram
Terdahulu, nama Aliff Aziz menjadi tumpuan rakyat Malaysia apabila ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies di sebuah kondominium mewah. Tak lama kemudian, kekasih gelapnya, Sarah Yasmine pula tampil mendedahkan isu-isu lain yang berkaitan dengan Aliff.