“Ini Adalah Karma” – Suami Didakwa Pasang Skandal, Netizen Ungkit Kisah Curang Krisdayanti Dengan Anang

Hiburan

“Ini Adalah Karma” – Suami Didakwa Pasang Skandal, Netizen Ungkit Kisah Curang Krisdayanti Dengan Anang

Media hiburan di negara Indonesia dilihat rancak dengan berita mengenai keganasan rumah tangga yang dialami penyanyi terkenal Lesti Kejora dan juga kecurangan suaminya, Rizky Billar.

Tidak habis dengan itu, muncul pula kisah perkahwinan antara penyanyi Krisdayanti bersama suaminya Raul Lemos yang didakwa berantakan.

Advertisement

Terdapat khabar angin yang mengatakan Raul kini mempunyai perempuan simpanan memandangkan kedua-dua pasangan ini menjalani kehidupan rumah tangga secara jarak jauh di mana Krisdayanti menetap di Jakarta manakala Raul pula di Timor Leste.

Menurut media tempatan, sebuah stesen televisyen swasta ada memaklumkan bahawa Raul kini menjalinkan hubungan dengan wanita lain di sana.

Malah, laporan tersebut turut memberitahu bahawa penyanyi wanita terkenal itu bakal dimadukan oleh suaminya.

Berikutan gosip yang tersebar itu, ramai netizen di negara itu menganggap apa yang dialami Krisdayanti adalah karma di atas perbuatan silamnya.

Mengimbas kembali, Raul dan Krisdayanti pernah menjalinkan hubungan sulit ketika masih bergelar suami isteri kepada pasangan yang terdahulu.

Krisdayanti yang pada ketika itu masih bergelar isteri kepada penyanyi Anang mengambil keputusan untuk bercerai dan kemudiannya bernikah dengan Raul.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Azah aziz dulu dan sekarang
2 years ago

Ramai Peminat Tak Percaya Umur Dah 50 Tahun, Azah Aziz Kongsi 3 Tips Kekal Awet Muda

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...