“Ini Adalah Hari Yang Tragis” – Polis Tembak Mati Bapa 10 Anak

Dunia

“Ini Adalah Hari Yang Tragis” – Polis Tembak Mati Bapa 10 Anak

Polis menembak mati seorang lelaki Afrika-Amerika berusia 40 tahun yang mempunyai 10 orang anak ketika siasatan di Carolina Utara pada Rabu.

Syerif Pasquotank County Tommy Wooten berkata, salah seorang timbalannya menembak mati Andrew Brown di Elizabeth City ketika melaksanakan waran terhadap lelaki itu.

Advertisement

“Ini adalah hari yang tragis”.

Mengikut laporan stesesn televisyen WAVY, Brown ditembak ketika mahu melarikan diri daripada polis dengan menaiki keretanya.

polis tembak mati lelaki Afrika-Amerika

Sementara itu, Wooten memberi jaminan ketelusan dalam penyiasatan kes berkenaan. Bagaimanapun, pihaknya masih belum membuat analisis terhadap kamera badan pada anggota polis tersebut.

Tambahnya, kes disiasat oleh Biro Siasatan Carolina Utara. Kejadian itu berlaku sehari selepas polis Minneapolis Derek Chauvin didapati bersalah atas pembunuhan lelaki berkulit hitam, George Floyd tahun lalu.

SUMBER

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...