Ini 7 Perkara Yang Boleh Lakukan Jika Transit Terlalu Lama

Trending

Ini 7 Perkara Yang Boleh Lakukan Jika Transit Terlalu Lama

” Lamanya transit 12 jam, apa kita nak buat kat airport ni tak kan lah nak tidur je? Bosannya!”

Biasanya untuk perjalanan ke destinasi yang jauh, ada antara anda lebih suka untuk memilih un-direct flight atau ‘connecting flight’ kan?

Advertisement

Trip seperti ini memerlukan anda untuk transit di satu atau dua lapangan terbang dahulu sebelum sampai ke destinasi sebenar. Biasanya connecting flight mengambil masa selama 3 hingga 8 jam tetapi ada juga yang lebih lama seperti 12 hingga 20 jam.

Lamanya!

Jangan risau kami cadangkan 7 perkara yang boleh dilakukan sambil menunggu penerbangan seterusnya.

Shopping

Sumber: Retail News Asia

Ini aktiviti kegemaran kaum wanita! Kebanyakan lapangan terbang antarabangsa ada menyediakan kemudahan untuk membeli-belah dan biasanya kedai-kedai disitu adalah bebas cukai. Jika anda ada duit lebih apa salahnya membeli sedikit buah tangan untuk kenang-kenangan. Tetapi jika bajet memang cukup-cukup makan, anda bolehlah window shopping dan cuci mata hilangkan bosan sementara menunggu.

Makan dan Minum

Sumber: Thrillist

Siapa tak suka makan kan? Sementara transit, anda boleh ronda- ronda lapangan terbang untuk mencari makanan signature negara tersebut. Mungkin anda boleh cuba mencari informasi di internet terlebih dahulu tentang restoran-restoran di lapangan terbang yang bakal anda transit. Atau anda boleh membeli snek dan makan di kawasan menunggu. Tetapi perlu diingat, harga restoran di lapangan terbang sedikit mahal berbanding di luar jadi kawal bajet anda.

Main Game

Sumber: Health Fitness Revolution

Untuk anda yang sudah merancang perjalanan dari awal pasti sudah membuat segala persediaan untuk transit yang lama kan, jadi apa kata tambah dalam senarai persediaan tersebut untuk membawa beberapa permainan seperti uno, dam, atau permainan kad. Lagi seronok kalau anda boleh ajak penumpang lain bermain bersama, dapat tambah kawan baru.

Rehatkan Otot

Sumber: Dubai Airport Connect

Perjalanan jauh dan lama dalam kapal terbang pasti sangat memenatkan. Jadi anda boleh cuba servis urutan yang disediakan di kebanyakan lapangan terbang. Selain itu, mungkin bole menggunakan kerusi urut automatik. Boleh lah rasa segar sedikit otot-otot anda.

Gunakan Wifi Percuma

Sumber: DH gate

Jangan lepaskan untuk menggunakan kemudakan Wifi percuma di lapangan terbang. Anda boleh mengakses internet untuk mencari info tambahan percutian anda atau menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh. Anda boleh juga kemas kini sosial media dengan gambar-gambar perjalanan dan percutian untuk dikongsi bersama rakan-rakan serta keluarga.

Tidur!

Sumber:Phinemo

Ini lah masa yang sesuai untuk anda tidur dan dapatkan rehat secukupnya sebelum meneruskan perjalanan. Pasti banyak tempat sesuai di sekitar lapangan terbang untuk anda jadikan port untuk tidur. Tapi pastikan tidak terlepas penerbangan dan simpan barang-barang berharga dengan selamat!

Ronda-ronda Bandar

Sumber Edu trust

Bosan terperap terlalu lama di dalam lapangan terbang?Apa kata keluar sebentar dan hirup udara segar di luar atau meneroka bandar. Tetapi ini hanya untuk transit dalam masa yang lama dan pastikan anda tanya kepada pegawai yang bertugas sama ada boleh atau tidak untuk keluar. Jika negara yang anda singgah itu memerlukan visa, mungkin anda boleh memohon transit tanpa visa. Selain itu, ada beberapa lapangan terbang antarabangsa yang  menyediakan perhidmatan tour bandar secara percuma mengikut beberapa syarat yang mereka tetapkan dan memerlukan pendafataran. Jadi jangan malu untuk bertanya.

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...