Ini 7 Makanan Sihat Yang Boleh Mudaratkan Tubuh Badan, Jika Salah Buat pilihan.

Trending

Ini 7 Makanan Sihat Yang Boleh Mudaratkan Tubuh Badan, Jika Salah Buat pilihan.

Pengambilan makanan sihat penting pada masa kini. Kita sering kali disogokkan dengan bahan-bahan organik, bijian seperti chia dan flaxseed, makanan berprotein tinggi, beras perang serta sebagainya adalah makanan yang sihat.

Advertisement

Makanan segera dan makanan junk food tidak sihat dan mempunyai pewarna tiruan. Namun, terdapat makanan sihat mungkin mampu memudaratkan tubuh badan kita jika salah membuat pilihan.

1. Ikan Salmon

Seperti yang kita tahu ikan salmon merupakan salah satu ikan yang paling sihat untuk dimakan kerana ia rendah lemak, mengandungi pelbagai vitamin dan omega-3 yang tinggi. Tap, kebanyakan ikan salmon yang diternak secara komersial telah ditambah bahan pewarna agar kelihatan lebih menarik?

Penternak ikan salmon diberikan carta warna Canthaxanthin (E161g) yang dipanggil Salmofan yang mampu menawarkan sehingga 30 variasi merah jambu/oren. Di negara seperti Australia dan New Zealand telah mengharamkan penjualan ikan salmon ternak yang diberi makan dengan warna ini.

Tetapi jika anda mahu selamat, pastikan anda membeli ikan salmon liar yang diimport dari Alaska. Sebagai tips, elakkan ikan salmon yang mempunyai label “Atlantic” kerana ia menandakan ikan itu diternak secara komersial.

2. Telur

Sebenarnya industri penternakan ayam mungkin menggunakan pelet makanan yang telah ditambah dengan pewarna untuk memberi warna kuning terang pada telur.

Ayam akan menghasilkan warna kuning telur mengikut diet harian.

Sekiranya penternak ayam menginginkan warna kuning yang lebih terang, mereka akan mencampurkan pewarna sintetik ke dalam makanan ayam. Pewarna ini kebiasaannya dikilangkan di China dan tidak diselia oleh badan pemakanan.

Untuk tips, jika anda dapati kesemua telur yang anda beli mempunyai warna kuning telur yang terang dan sekata, besar kemungkinan ayam itu diberi makan pewarna sintetik. Jika setiap telur berbeza-beza, ia menandakan ayam-ayam itu adalah jenis lepas bebas (free range).

3. Yogurt

Walaupun banyak pengeluar yogurt sihat bergantung kepada jus buah dan sayuran sebenar untuk mewarnakan yogurt berperisa, ada sesetengah jenama mengambil jalan pintas untuk mengurangkan kos dengan menggunakan bahan kimia.

Penggunaan warna karamel, Biru #1 dan Merah #40 merupakan agen pewarna yang dikaitkan sebagai pencetus hiperaktif di kalangan kanak-kanak dan penyebab tumor dalam tikus makmal.

4. Sos Salad

Salad bagus untuk membantu menambah menu seimbang dalam diet seharian. Jika penggemar salad, semestinya mempunyai dressing atau kuah salad kegemaran tersendiri bukan. Tapi, bukan semua kuah salad itu diperbuat daripada bahan organik.

Banyak jenama gunakan pewarna sintetik dalam kuah salad yang dihasilkan, walaupun kuah itu sepatutnya berwarna putih seperti Caesar dan Ranch. Sebagai contoh, Vinaigrette (terutama sekali dengan perisa buah beri) dan Thousand Island adalah antara sos salad yang mengandungi pewarna tiruan.

Elakkan membeli sos salad segera yang dijual di pasar raya. Sebaliknya, buat sendiri menggunakan bahan-bahan asli dan organik yang ada di rumah. Tak susah pun, cuma main kisar-kisar sahaja.

5. Buah oren

Di awal musim buah, kebanyakan oren yang dihasilkan punyai warna kulit pucat yang tidak begitu menarik minat pembeli. Ada sesetengah pengeluar dari Florida, misalnya, menyembur warna Merah Sitrus No. 2 pada permukaan kulit buah agar kelihatan lebih terang.

Warna tiruan ini bertoksik kepada tikus pada tahap sederhana dan boleh menyebabkan tumor pada pundi kencing. Penggunaannya diharamkan bagi penanaman buah oren di California.

Hati-hati jika ingin memarut kulit oren atau menggunakan kulitnya dalam masakan! Pastikan anda membeli yang organik.

6. Oatmeal

Merupakan salah satu ‘superfood’ sering disebut-sebut oleh penggemar makanan sihat. Dalam bentuk asal, oatmeal sememangnya berkhasiat dan menyihatkan. Tetapi apabila pengeluar produk menjadi lebih ‘kreatif’ dengan menambah perasa, ia sebenarnya boleh mengundang padah.

Beberapa jenama oatmeal terkemuka menggunakan pewarna karamel yang mungkin membawa unsur karsinogenik dalam produk-produk oatmeal berperisa keluarannya.

Untuk lebih selamat, elakkan beli oatmeal berperisa. Seelok-eloknya tambah sendiri potongan buah segar, madu asli atau serbuk kayu manis mengikut cita rasa.

7. Daging

Ada penjual dan penternak daging menggunakan sulfur dioksida untuk mengekalkan kesegaran dan warna merah pada daging. Pada tahun 2015, ramai penjual daging sekitar Sydney, Australia didenda AUD15,000 (RM48,300) kerana menggunakan bahan kimia itu untuk daging mentah.

Ada juga daging dirawat menggunakan karbon monoksida. Seperti yang kita sedia maklum, karbon monoksida adalah sejenis gas beracun yang boleh membawa maut jika diambil atau dihidu dengan banyak.

Walau bukan semua produk yang dijual di pasaran mengandungi bahan-bahan terlarang ini, sebagai pengguna haruslah lebih bijak memilih makanan. Ketahui bagaimana setiap produk dihasilkan dan datang dari sumber mana.

Kewujudan permintaan tinggi makanan-makanan sihat menyebabkan segelintir pengeluar makanan yang tidak bertanggungjawab menambah bahan-bahan berbahaya semata-mata ingin membuatkan produk mereka kelihatan lebih menarik dan meningkatkan jualan tanpa mempedulikan kesihatan pengguna.

Sebagai pengguna bijak, anda perlu lebih berhati-hati dan sentiasa memeriksa label bahan dalam sesuatu produk.

SumberDaily Mail UK, Dr. Axe, Prevention, Dr. Mercola, Medical News Today, & Fox News

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...