Ini 5 Tips Terbaik Cara Gunakan HUAWEI Nova 9 SE Dengan AppGallery

Branded

Ini 5 Tips Terbaik Cara Gunakan HUAWEI Nova 9 SE Dengan AppGallery

HUAWEI nova 9 SE yang baru sahaja dilancarkan di pasaran Malaysia pada Mac yanglalu dan berjaya mendapat permintaan yang tinggi oleh pengguna di Malaysia tau!

Mana tidaknya, HUAWEI nova 9 SE ini mempunyai Kamera Kuad AI 108MP serba baharu yang menawarkan pengalaman fotografi luar biasa dan dilengkapi dengan 1.08mm ‘Super Display’ dan fungsi SuperCharge 66W.

Tapi adakah anda semua tahu, cara menggunakan HUAWEI nova 9 SE yang merupakan antara salah satu telefon pintar pada harga RM1000 terbaik di Malaysia ini? Jom kami kongsikan beberapa tips terbaik untuk anda terokai!

1. Terokai Keistimewaan AppGallery

huawei

Kalau nak tahu, AppGallery telah berkembang menjadi salah satu daripada tiga pasaran aplikasi teratas di seluruh dunia, memberi perkhidmatan kepada lebih 580 juta pengguna aktif bulanan merentasi lebih 170 negara dan wilayah.

Pada tahun 2021, AppGallery juga telah mencapai 432 billion muat turun secara global dan telah meningkat dengan ketara di Malaysia sehingga 98% daripada aplikasi yang kerap digunakan rakyat Malaysia dan boleh dimuat turun di AppGallery & Petal Search. Kini, AppGallery meningkatkan lagi siri aplikasi penting dan gaya hidup yang tersedia di platform tersebut.

Istimewanya, telefon pintar ini juga disokong oleh AppGallery tau. Jadi, semua pengguna HUAWEI nova 9 SE akan dapat menikmati tawaran aplikasi yang sentiasa berkembang sekaligus mempertingkatkan kehidupan mereka melalui inovasi teknologi.

Hasilkan Vlog Dengan Aplikasi Video Editing

huawei

HUAWEI nova 9 SE baharu dilengkapi dengan feature rakaman depan dan belakang yang membolehkan pengguna merakam dari perspektif berbeza. Vlogging kini lebih menyeronokkan dengan aplikasi video editing seperti CapCut, InShot, Piscart, PhotoEditor dan BeautyPlus.

Kongsi Moment Melalui Aplikasi Media Sosial

Anda suka kongsikan kehidupan di media sosial? Rakamkan detik yang indah dengan kamera resolusi tinggi 108MP HUAWEI nova 9 SE dan berkongsinya di aplikasi media sosial seperti Bigo Live, Snapchat dan TikTok, LINE, WeChat, Telegram dan banyak lagi.

Nikmati Video Pada Skrin Bezel Ultra-Narrow

Mahukan hiburan? HUAWEI Video, Astro GO, iflix dan iQIYI merupakan antara aplikasi hiburan popular yang tersedia di AppGallery. HUAWEI nova SE mempunyai skrin bezel yang berukuran hanya 1.05mm. Macam ni barulah puas nak binge watching drama!

Tingkatkan Kecekapan Dengan Aplikasi Produktiviti

huawei

Dengan feature SuperCharge 66W, HUAWEI nova 9 SE menawarkan pengecasan pantas dalam masa 36 minit sahaja. Terdapat juga aplikasi seperti Microsoft Office Gspace dan WPS office. Jadi anda boleh lah menyelesaikan lebih banyak tugas dengan cekap.

Shopping Sepuas Hati

Dengan hanya satu tap, anda boleh membeli semua yang diperlukan daripada aplikasi beli-belah seperti Lazada, Shopee dan Taobao. Terdapat juga aplikasi e-belanja khusus yang boleh didapati daripada AppGallery, seperti Zalora bagi mendapatkan barangan fesyen. Kalau macam ni, confirm selalu shopping online hari-hari!

Terokai Aplikasi Kegemaran Anda Dalam AppGallery

huawei

Anda kini boleh memuat turun aplikasi kegemaran anda daripada AppGallery yang merupakan official app market yang telah diprapasang dalam telefon pintar ini!

AppGallery ialah platform pengedaran aplikasi rasmi HUAWEI, dan salah satu daripada 3 app stores di dunia. Kebanyakan aplikasi yang tersedia di AppGallery menyediakan pengguna tempatan akses yang mudah kepada aplikasi popular seperti Shopee MY, Lazada, Touch ‘n Go eWallet, Grab SuperApp, Maybank2u MY, TikTok dan banyak lagi.

Bagi peminat permainan game mudah alih pun boleh mencuba cari permainan popular daripada AppGallery, seperti Garena Free Fire, Mobile Legend Bang Bang dan banyak lagi bagi menikmati promosi eksklusif dalam permainan.

Banyak lagi perkara yang anda boleh terokai di HUAWEI AppGallery ni tau. Jom kami kongsikan 5 tips yang anda boleh ikuti daripada Customer Service HUAWEI untuk menggunakan HUAWEI nova 9 SE dengan sepenuhnya.

Tunggu apa lagi, HUAWEI nova 9 SE kini boleh didapati di seluruh negara pada harga RM1,099. Dapatkan salah satu telefon pintar RM1000 yang terbaik di pasaran sekarang!

Hadiah percuma bernilai RM181* juga tersedia sementara stok masih ada. Tertakluk Terma & Syarat. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai AppGallery, sila layari platform rasmi HUAWEI & HUAWEI Experience Store.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...