Siapa yang tidak suka dengan bau yang wangi kan? Tambah-tambah lagi, apabila melibatkan rumah sendiri, tentu setiap empunya rumah mahukan aroma yang mampu membuat si penghidu kekal segar sepanjang hari.
Pembaca jangan tak tahu, ternyata rumah yang wangi ni mempengaruhi banyak faktor tau..contohnya cara kita membersihkan rumah, menyimpan barang, peredaran udara dan sebagainya.
Kalau rumah pun dah wangi, mesti hati pun jadi tenang. Bukan tu je, nak ajak tetamu pun jadi lebih semangat. Betul tak?
Pun begitu, masih ramai lagi rupanya yang tidak tahu bagaimana menghilangkan bau busuk dalam rumah ni. Bukan apa, ada yang berfikiran perkara ini menelan belanja yang mahal, walhal semudah abc je.
Ada lima cara yang berkesan untuk anda ikuti untuk mendapatkan gelaran ‘Rumahku Syurgaku’ ni ya. Ewah..
1. Bersihkan tong sampah
Benda paling utama yang perlu diberi fokus adalah tempat pembuangan iaitu tong sampah.
Ini adalah untuk menghilangkan bau yang tidak enak seperti sisa makanan, kulit buah, barang basah, dan sebagainya.
Jadi, kerapkan gantikan plastik sampah, basuh tong sampah juga ya supaya tak datangkan apa-apa bau nanti.
2. Sapu sampah dan mop lantai
Untuk tips ni nampak macam biasa kan, tapi kena lakukan hari-hari ya walaupun habuk tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Kerja pembersihan ini sememangnya sangat membantu untuk mengekalkan rumah anda berada dalam keadaan kemas, bersih dan menyegarkan.
Tips ini bukan saja memupuk untuk menjaga kebersihan, malah memberikan aroma yang ‘fresh’.
3. Bersihkan karpet
Karpet juga merupakan elemen penting sebagai pelengkap gaya, tetapi jangan lupa nak bersihkan juga tau, habuk dan debu pun perlu dibuang secara kerap.
Antara cara yang mudah ialah dengan mencucinya dan menggunakan vacum bagi mengeringkannya secepat mungkin. Karpet wangi, tiada kepam lagi, biasa dengar tak?
Tambahan, bawah permaidani juga perlu dibersihkan dengan menyapu atau mop lantai tersebut untuk menghilangkan kotoran dan bau.
4. Memelihara tanaman dalam rumah
Selain fokus kepada pembersihan rumah, empunya rumah juga boleh mencari sesuatu untuk menambahkan bau tenang dan menyegarkan di dalam rumah.
Bolehlah memelihara tanaman bagi membantu mengurangi stres, mempengaruhi mood positif dan paling penting membuatkan rumahku syurgaku ni menjadi lebih wangi dan segar.
Antara jenis tanaman yang memiliki aroma menyenangkan contohnya seperti bunga lili, melati, gardenia dan tanaman lain. Cepat-cepat beli..
5. Lilin aromaterapi
Untuk menambahkan keharuman rumah, lilin aromaterapi ni memainkan peranan yang penting juga, ini sebenarnya salah satu cara yang membuatkan rumah anda sentiasa wangi. Kata orang putih, wangi all the time!
Aroma ini juga banyak pilihan, bolehlah ikut citarasa sendiri. Cara? Mudah je.. boleh letakkan lilin ini di ruang tamu, bilik tidur, kawasan dapur dan ruangan tertentu yang anda rasa memainkan peranan penting.
Ha mudah tak? semoga bermanfaat, jangan lupa amalkan ya.