Ini 5 Sifat Mak Ayah Yang Boleh Buat Anak Menderita Dalam Diam

Trending

Ini 5 Sifat Mak Ayah Yang Boleh Buat Anak Menderita Dalam Diam

Tegas dalam mendidik anak-anak bukanlah satu kesalahan malah digalakkan agar si anak menjadi insan yang berguna di masa depan.

Namun, dalam ketegasan, ibu bapa perlulah bersikap prihatin dan berwibawa agar emosi si anak tidak terganggu malah lebih teruk cenderung menjadi emosi yang melampau.

Advertisement

Memetik perkongsian dari doktor Taufiq Razif, beliau kongsikan 5 sifat mak ayah buat anak menderita dalam diam.

1. Garang Melampau

Garang boleh tapi jangan sampai tahap bengis ( fierce ).

Anak yang ada ibubapa yang bengis ni akan mati sifat inovatif dan kreatifnya kerana setiap kali si anak ni nak buat idea baru yang terlintas di fikiran. Mereka akan diselubungi ketakutan.

Yela, asyik kena tengking je bila nak buat benda yang ‘pelik’ di mata mak ayahnya.

2. Terlalu Ego

Kadang-kadang akan ada waktunya si anak kita tu buat benda betul tapi disebabkan ego kita yang selangit tinggi ni buat kita rasa nak hukum juga si anak tu!

Contohnya anak tegur kita tak solat lagi, kita pulak pergi pukul si anak tu kononnya biadap dengan orang tua. Akhirnya sistem penyalahan anak kita jadi tak seimbang, dah tak reti nak bezakan baik dan buruk.

3. Pendengar Yang Teruk

Tanpa kita sedar bila dah lama jadi mak ayah ni kita ingat ilmu parenting paling terbaik adalah kena perbetulkan dan tegur si anak.

Jadi kita cuba sedaya la tegur perangai buruk anak tanpa kita tahu pun bahawa kebanyakan anak ni bertindak liar sebab kita tak pandai mendengar luahan hati mereka.

Jadi mereka bertindak liar sebab nak tarik perhatian kita dan supaya kita dengar rintihan hati mereka.

4. Terlalu Sibuk

Antara 5 Language Of Love yang diketengahkan oleh Dr Gary Chapman adalah Quality Time.

Kadang-kadang kita tak sedar walaupun dah 10 jam kita bersama anak tapi kita sebenarnya dikira SIBUK juga bila perhatian kita pada anak cuma 10 minit je.

Yela, 10 minit je eye contact kita pada mata si anak, selebihnya screen-contact dengan handphone dan TV. Anak kat tepi akhirnya jadi tunggul dan ditinggal sepi tak diperhati.

5. Lupa Nak Jadi Role Model

Di awal perkembangan anak, mereka akan cari seseorang untuk ditiru.

Mula-mula si anak akan tiru cara senyum kita, mimik muka kita, gaya berjalan kita hingga akhirnya dia akan cuba juga meniru akidah dan perbuatan kita.

Itulah kekuatan Mirror Neuron. Tanpa kita sedar segala keburukan kita pun si anak kita TIRU TANPA KITA SEDAR! Kita suka minum manis, anak kita tiru.

Kita suka cakap kotor anak kita pun guna perkataan kotor tu di sekolah dan jangan pelik kalau kita layan pasangan kita dengan teruk, anak kita pun turut sama layan pasangan hidupnya dengan teruk bila dah menikah nanti!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...