Ini 5 Sebab Kenapa Berat Tak Turun Walaupun Dah Diet

Branded

Ini 5 Sebab Kenapa Berat Tak Turun Walaupun Dah Diet

Setiap orang semestinya mahukan bentuk tubuh idaman masing-masing. Bukan saja untuk kelihatan cantik dan kacak, malahan bagi faktor meningkatkan keyakinan diri. Dah cuba untuk turunkan berat badan tapi hasilnya masih menghampakan? Ini antara faktor berat masih sama setelah banyak usaha dilakukan.

Tidak bersenam

Untuk menurunkan berat, bukan hanya pemakanan perlu dijaga, senaman secara kerap dan konsisten juga diperlukan. Boleh mulakan dengan berjalan lalu (brisk walk) setiap hari selama setengah jam dan naikkan jumlah masa sedikit demi sedikit. Korang pasti akan nampak hasilnya.

Terikut-ikut cara diet viral

Diet viral

Zaman media sosial seperti sekarang, ramai yang berkongsi tips diet sehingga membuatkan netizen terpengaruh. Ada tips diet yang terlalu ekstrim seperti diet hanya makan telur, minum air semata atau pun pengambilanan makanan minimum ala selebriti Korea. Jangan, diet sebegitu tidak akan kekal lama dan hasilnya juga berbeza bergantung individu.

Air manis tak boleh tinggal

Sugary drinks

Bila sudah nekad menjaga makan untuk menurunkan berat, bukan hanya perlu mengurangkan makanan berminyak serta berkolesterol tinggi, minuman manis juga perlu dikurangkan. Ramai yang masih tidak mampu mengatakan tidak kepada minuman bergula, hasilnya berat tetap sama.

Tak cukup tidur

Kajian mendapati orang yang tidur kurang 6 jam akan mempunyai tahap ghrelin, hormon perangsang selera. Kurang tidur juga akan menyebabkan hormon stres, kortisol meningkat seterusnya menaikkan berat badan.

Silap kira kalori

Counting calories

Tidak kurang juga yang susah turun berat kerana memandang rendah kalori yang diambil setiap hari. Untuk mengelakkan terus terjadi, catat apa yang dimakan dan diminum serta snek untuk memudahkan rekod. Saiz hidangan juga penting dalam menentukan kalori diambil.

Ubah setiap kesilapan yang mungkin korang dah lakukan bagi melihat kesan dalam perjalanan menurunkan berat badan. Sedikit demi sedikit pastinya usaha akan membuahkan hasil.

Pelbagai kebaikan dalam satu

Neulife Supplement

Bagi membantu korang merealisasikan matlamat menurunkan berat badan, kami kongsikan Neulife Dietary Supplement untuk dicuba selepas ini. Apa itu Neulife? Neulife ini adalah suplemen untuk menurunkan berat badan dan membakar lemak. Bukan itu saja, pengambilan konsisten juga boleh mencerahkan kulit selain bertindak sebagai anti-penuaan.

Suplemen ini bertindak menyekat selera makan, meningkatkan metabolisma selain membersihkan usus. Ia juga berfungsi sebagai menyahtoksin segala toksin yang ada dalam badan.

Setiap sachet dirumus dengan bahan premium dan diluluskan ujian makmal. Bukan sekadar menurunkan berat, ia juga boleh melembapkan kulit, menjadikan kulit lebih cerah serta bebas jerawat.

Menggunakan bahan terpilih

Neulife diformulasikan dengan beberapa bahan terpilih yang mempunyai khasiat tersendiri bagi memberi kebaikan kepada penggunanya. Antara bahan penting dalam suplemen ini adalah:

Kurma – Memberi kesan radikal bebas untuk mengurangkan kedutan dan garis halus. Asid Pantotenik membaiki kulit dari dalaman.

Garcinia Cambogia – Bahan aktif Asid Hidroksisitrik menghalang enzim pembentuk lemak.

Ginkgo Biloba – Meningkatkan aliran darah dengan membantu melebarkan salur darah.

Aloe vera – Mengandungi Aloin yang efektif untuk mencerahkan kulit dan hiperpigmentasi.

Teh hijau – Membantu membakar lemak dan meningkatkan metabolisma.

Mangga African Bush – Mencegah sintesis kolesterol serta asid lemak.

Guarana – Membantu aliran darah ke kulit.

White kidney bean – Tinggi protein dan serat.

Kenapa Neulife?

Neulife Supplement

Neulife Supplement

Neulife Supplement

Kalau ada yang masih ragu-ragu untuk mencuba, Neulife telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah pelabelan akta makanan. Selain itu, jenama ini juga telah mendapat pengiktirafan Super Health Brand Asia Pacific selain lulus ujian makmal SIRIM.

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi laman web Neulife DI SINI.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...