Ini 5 Manfaat Air Kelapa Elok Diamalkan Ketika Hamil, No 4 Berkesan Bantu Kurangkan Sembelit

Trending

Ini 5 Manfaat Air Kelapa Elok Diamalkan Ketika Hamil, No 4 Berkesan Bantu Kurangkan Sembelit

Sejak berzaman dahulu, orang tua-tua mempercayai bahawa kandungan air kelapa mempunyai pelbagai manfaat untuk ibu hamil memandangkan ia mengandungi pelbagai zat.

Advertisement

Ada yang berpendapat ibu hamil yang rajin meminum air kelapa pada trimester ketiga kehamilan dapat menjadikan air ketubannya bersih dan bayi yang lahir kelak mempunyai kulit dan rambut dan kepala yang bersih.

Ini 5 manfaat untuk ibu-ibu hamil..

1. Kaya elektrolit

Air kelapa muda kaya dengan kandungan kalsium, kalium, klorida, magnesium, riboflavin, sodium dan elektrolit. Ia bertindak sebagai isotonik semula jadi yang kaya dengan mineral.

Ia juga mempunyai elektrolit cecair yang sama dengan kandungan cecair di dalam tubuh. Dengan itu, air kelapa sangat berguna untuk mengelakkan dehidrasi dan sangat cepat untuk memulihkan stamina.

Dehidrasi semasa hamil akan mencetuskan masalah kesihatan.

Di antaranya sakit kepala, kejang, bahkan dapat mengurangkan penguncupan yang mengakibatkan kelahiran pramatang. Jadi air kelapa baik untuk diamalkan lantaran ibu hamil memerlukan lebih banyak air berbanding orang lain.

2. Diuretik semula jadi

Air kelapa turut mengandungi kandungan diuretik yang steril dan semula jad. Ia terbukti melancarkan proses pembuangan air kencing dan membantu membersihkan saluran kencing. Dengan meminum air kelapa muda, ia dapat mengeluarkan racun yang dihasilkan tubuh dan mencegah jangkitan pada saluran kencing yang biasa berlaku pada ibu hamil.

3. Anti penyakit

Air kelapa muda mengandungi sejenis asid yang boleh membantu melawan pelbagai penyakit. Asid itu juga ada di dalam susu ibu dan mempunyai persamaan ciri-ciri sebagai antikulat, antibakteria dan antivirus. Oleh itu, dapat menjaga kesihatan ibu dan bayi daripada virus berbahaya.

4. Membantu pencernaan

Air kelapa juga terbukti meningkatkan fungsi pencernaan. Sepanjang kehamilan, plasenta akan menghasilkan jenis hormon iaitu progesteron yang boleh menguncup otot pencernaan secara perlahan-lahan. Dengan meminum air kelapa, ia dapat membantu meningkatkan kelajuan proses pencernaan.

5. Meningkatkan kolesterol baik

Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolesterol, bahkan menurut kajian dan penyelidikan para saintis, ia boleh meningkatkan kolesterol baik (HDL) dalam badan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...