Ini 5 Cara Pastikan Bateri Telefon Pintar Mampu Untuk Bertahan Lebih Lama

Trending

Ini 5 Cara Pastikan Bateri Telefon Pintar Mampu Untuk Bertahan Lebih Lama

Setiap kali telefon digunakan dalam kegunaan seharian, pasti berhadapan dengan masalah bateri mudah habis. Kadangkala belum sampai beberapa jam pun, bateri telefon dah berkurang malah bila tiba waktu kecemasan waktu itu juga bateri nak buat hal. Rungsing betul.

Advertisement

Untuk memastikan telefon mempunyai jangka hayat bateri yang lama, admin nak kongsikan dengan korang tip yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah tersebut, jom kita tengok apa yang boleh dilakukan, perkongsian dari The Verge.

1. Pengcahayaan Skrin

Dengan mengurangkan seminimum mungkin pengcahayaan skrin telefon anda, ia dapat membantu dalam penggunaan bateri dengan lebih baik.

2. Lokasi

Anda sudah semestinya tidak memerlukan penggunaan lokasi anda setiap masa. Anda boleh sahaja menghidupakan GPS anda bila perlu sahaja, dan jika tidak menggunakannya, lebih baik anda mematikan aplikasi lokasi tersebut.

3. Mod Penjimatan Bateri

Dengan menhidupkan mod ini, telefon anda secara automatiknya akan mengurangkan aplikasi yang mungkin menggunakan kuasa bateri yang lebih. Dalam mod ini, penggunaan latar belakang akan dikurangkan begitu juga dengan penggunaan pengcahayaan bagi skrin.

4. Mod Pesawat

Sudah pasti jika anda menghidupkan mod pesawat ini, aplikasi lain tidak dapat digunakan, seperti mesej, panggilan masuk dan juga internet. Anda boleh sahaja menggunakan mod ini, secara beransur-ansur, jika anda pasti anda berada di luar kawasan, di mana tidak mendapat capaian ‘line’. Matikan kembali mod pesawat, jika mendapat ‘coverage’ yang lebih baik.

5. Powerbank

Ini adalah alternatif yang seringkali digunakan oleh anda. Ianya boleh membantu anda di saat yang diperlukan. Tetapi, bagi yang mempunyai powerbank, atau di mana bateri powerbank anda masih ada lagi. Namun, jika tidak, anda perlu melakukan 4 cara lain di atas tadi.

Moga-moga dengan perkongsian ini, ia sedikit sebanyak membantu anda dalam memastikan bateri telefon anda sentiasa ada, untuk digunakan bagi saat-saat kecemasan. Pastikan anda boleh menghungingi, atau dihubungi oleh insan tersayang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...