Fuh, pejam celik pejam celik, dah hampir sebulan juga kita ber”kurung” dalam rumah untuk PKP 2.0 ini. Ha, pasti anda dah tak sabar nak tunggu PKP 2.0 ini tamat kan? Iyerlah, sudah tentu banyak aktiviti yang telah dirancang untuk menghilangkan kebosanan duduk di rumah.
Apa pun yang penting jangan lupa patuhi SOP walau ke mana jua anda pergi. Pakai topeng, jarak 1 meter dan sentiasa “sanitize” tangan untuk memastikan kebersihan.
Buat anda yang tak ada idea nak buat apa selepas PKP 2.0 ini tamat, jangan risau sebab kami ingin kongsikan beberapa aktiviti best yang pastinya kembali menceriakan hidup anda. Lagi syok sekiranya semasa melakukan aktiviti-aktiviti ini, anda bawa bersama Samsung Galaxy Note20 Ultra untuk merakamkan detik-detik penuh bermakna ini. Lepas tue muatnaik ke laman sosial Facebook atau Instagram anda. Confirm makin bertambah followers.
Kafe hopping
Sudah tentu banyak kafe/restoran yang anda ingin kunjungi sebaik sahaja tamat PKP 2.0 ini. Iyerlah, hari-hari makan di rumah pun bosan jugak kan?
Nak juga cuba pencuci mulut seperti pavlova, kek coklat dan puding karamel. Jangan lupa untuk tangkap gambar kesemua makanan tersebut sebelum dimakan dengan menggunakan Galaxy Note20 Ultra.
Lepas itu upload ke Instagram dengan caption “jemput makan”. Confirm para pengikut anda akan terliur.
P.S: Pastikan jangan lupa OOTD jika kafe tersebut mempunyai hiasan yang unik. Barulah hipster!
Beriadah di taman permainan
Sekiranya anda sudah berkeluarga dan mempunyai anak, jangan lupa untuk membawa mereka beriadah di taman permainan untuk persekitaran yang berbeza. Iyerlah, sepanjang PKP ini asyik main dalam rumah je. Mesti bosan. Bagilah mereka peluang main gelongsor, jongkang-jongket dan buaian. Jangan lupa tangkap gambar dan ambil video aksi comel mereka menggunakan Samsung Galaxy Note20 Ultra. Anda boleh “edit” dengan letak efek menarik untuk membuatkan gambar/video tersebut lebih bombastik!
Buat “indoor” shooting
Sekiranya di waktu ada membaca artikel ini dan PKP masih lagi berlangsung, maka diingatkan janganlah kita stress. Banyak sebenarnya aktiviti yang kita boleh lakukan di rumah seperti mengambil gambar “indoor”. Contoh kalau anda memang suka ke café untuk menikmati pelbagai jenis makanan, jangan lupa gunakan Samsung Galaxy Note20 kerana anda boleh gunakan S Pen untuk melakukan “editing” dengan lebih berseni.
Ok mesti anda tertanya-tanya kan kenapa kami selalu selitkan Samsung Galaxy Note20 Ultra setiap kali nak ambil gambar dan video? Secara hakikatnya memang pelbagai fungsi ataupun features yang siap sedia yang ada boleh gunakan untuk menyerlahkan kreativit anda. Kami tak berapa kreatif sangat tapi yang pasti anda di luar sana mesti lebih berbakat!
Hebat kan? Jadi tunggu apa lagi? Dapatkan Samsung Galaxy Note20 Ultra dan meriahkan lagi gambar dan video anda ketika melakukan apa jua aktiviti.
Dapatkan Galaxy Buds+ Secara Percuma
Sehingga 30 November ini, Samsung dengan murah hati menawarkan promosi percuma Galaxy Buds+ yang bernilai RM599 secara percuma dengan pembelian setiap Galaxy Note20, Galaxy Note20 5G, dan Galaxy Note20 Ultra 5G. Ini la baru mantap, anda dapat menikmati “experience” bukan sahaja dari segi visual, malah dari segi audio pun memang syok.
PS : Anda memang kena cepat kalau nak tebus Galaxy Buds+ nie pasal memang terhad jadi first come first serve!
Anda hanya perlu
- Buat pembelian Galaxy Note20, Galaxy Note20 5G atau Galaxy Note20 Ultra 5G.
- Layari laman promosi Samsung dan tekan butang “Redeem Now”. Lepas je anda daftar akaun Samsung, anda isi je maklumat yang diperlukan berserta dengan resit pembelian
- Dah siap semua, Samsung akan hantarkan Galaxy Buds+ dalam masa 30 hari bekerja. Puas!
Maklumat lanjut laman rasmi Samsung