Data internet kini dah menjadi kemestian untuk sesiapa sahaja. Ibarat nyawa untuk semua orang, siapa tak ada data internet ni tak keruan. Macam dah menjadi rutin tak kira masa semua orang akan buka media sosial walau kat mana pun mereka berada. Nak stalk seseorang, nak share macam-macam, nak baca Beautifulnara dan nak tengok post best apa yang ada.
Sudah hampir 5 tahun Abang Nara menjadi pengguna Digi. Setakat hari ini, memang Abang Nara berpuas hati dan gembira dengan servis mereka. Salah satu benda yang paling Abang Nara suka tentang Digi ini ialah applikasi MyDigi. Boleh pantau penggunaan data, boleh topup data, boleh bayar bil, boleh jimat belanja dan macam-macam lagilah. Tak kiralah sama ada korang guna prepaid atau postpaid ke, semua benda boleh dilakukan.
Apa yang lagi Abang Nara suka ialah kita boleh kumpul “MyDigi badges” dan mendapat lebih banyak Internet apabila melakukan topup atau membeli Internet menerusi applikasi MyDigi ini. Kita hanya perlu kumpul 5 “MyDigi badges” sahaja. Meh baca nie untuk lebih details:-
1. 3GB Internet untuk pengguna postpaid
Dengan setiap pembelian data Internet minimum RM5 menerusi applikasi MyDigi, korang akan dapat 1 “badges”. Bila dah cukup 5 “MyDigi badges”, korang boleh redeem 3GB data Internet secara PERCUMA. Dengan 3GB ni lah boleh layan youtube dengar lagu!
2. 500Mb Internet untuk pengguna prepaid
Beli apa-apa add-ons dengan pembelian minimum RM4 sahaja, korang akan dapat 1 “badges”. Lepas dah kumpulkan sampai 5, terus redeem Internet FREE sebanyak 500Mb. Bolehlah guna untuk upload gambar selfie korang kat Instagram. Terbaik kan?
3. 2GB Internet untuk pengguna prepaid
Kalau rasa 500MB tak cukup, jangan risau sebab pengguna prepaid boleh jugak dapat Internet percuma sebanyak 2GB. Senang je caranya. Cuma perlu reload minimum RM15 sahaja. Nanti korang akan dapat 1 “badges”. Kumpulkan sampai 5 badges dan redeem internet FREE 2GB. Layan la facebook korang sampai habis 2GB tue.
Best kan? Lagi banyak korang topup dan beli Internet, maka memang data korang tak akan habis. Bolehlah layan YouTube, main Facebook, upload gambar kat Instagram, baca blog dan sebagainya sampai lebam. Syaratnya satu sahaja, buat semua pembelian menerusi applikasi MyDigi . Kalau beli pakai cara lain (reload kat 7-eleven ke, Maybank2u ke), itu tidak akan membolehkan korang menerima ganjaran best ini.
Jadi tunggu apa lagi? Download applikasi MyDigi di Google Play Store dan juga Apple Store sekarang juga dan mulakan meng”topup” dan membeli Internet menerusinya. Boleh beli untuk diri sendiri dan juga kawan-kawan/orang tercinta. Maklumat lanjut layari http://digi.my/mydigibadge-nara