Ini 20 Punca Wanita Nampak Tua Dari Usia Sebenar, Berubahlah Kalau Nak Awet Muda.

Trending

Ini 20 Punca Wanita Nampak Tua Dari Usia Sebenar, Berubahlah Kalau Nak Awet Muda.

Memang normal bila dah bertambah usia, kulit muka akan hilang kolagen yang membuatkan anda nampak tua berbanding usia sebenar. Namun kalau dibandingkan dengan kaum lelaki, perempuan lebih nampak cepat tua dari usia sebenar.

Advertisement

Tak percaya?

Cuba tengok pasangan yang kahwin sebaya, memang ketara nampak. Mungkin kulit wajah nampak muda tetapi kedut di wajah sudah makin jelas.

Itulah realitinya, paling tidak wanita akan tutup kesan cela itu dengan solekan. Tapi tahannya bukan seharian, tetap kembali nampak sedikit tua bila dah basuh wajah.

Agaknya kenapa?

Ok, inilah yang nak dikongsi dengan anda! Kalau anda memang suka buat dan selalu alami 20 perkara ini, tak peliklah wajah nampak tua dari usia sebenar. Jom semak!

1. Tekanan di tempat kerja dan di rumah.

2. Tak suka bersenam.

3. Suka makan makanan segera.

4. Suka tidur lewat malam.

5. Tak suka makan jamu.

6. Lepas bersalin, tak pantang dengan betul.

7. Sembelit, susah nak buang air besar.

8. Banyak berfikir.

9. Suka makan lewat malam.

10. Banyak minum caffein.

11. Kurang berehat, sibuk uruskan anak.

12. Tiada rutin cuci muka yang betul.

13. Tak suka sedekah senyuman pada orang, asyik tarik muka serius.

14. Tak suka makan sayur dan buah.

15. Diet tak seimbang.

16. Suka makan makanan bergoreng dan berminyak.

17. Kerap kena matahari.

18. Cepat marah dan kerutkan dahi.

19. Suka pakai make up tetapi malas cuci wajah sebelum tidur.

20. Ini paling penting, malas solat! Tahukah anda air wudhuk itulah NUR dan akan jadi ‘pembersih wajah’ paling mudah dan berkesan.

Haaa… inilah pilihan yang ada, nak tak nak memang anda kena jaga lebih kalau nak awet muda. Moga bermanfaat buat kaum Hawa untuk jadi jelita setiap hari buat si dia!

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...