Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ingkar Arahan PKPB, Aiman Tino Didenda RM1,000

Penyanyi Aiman Tino dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) apabila beliau dan bapanya difahamkan pergi memancing.

aiman tino

Advertisement

Aiman dan bapanya Yusri Ishak mendakwa dirinya terperangkap ketika polis melakukan serbuan di komlam ikan di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu.

Beliau yang berada di tempat kejadian dikatakan seakan tegamam dan hairan mengapa polis menyamannya. Namun menegaskan mereka masuk ke kawasan kolam itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan pemilik kolam.

Menurutnya polis enggan menerima sebarang penjelasan dan terus mengeluarkan kompaun kepada pengunjung.

“Ketika serbuan polis petang lewat petang semalam, hujan lebat. Ramai pengunjung berteduh dalam sebuah bangsal dan ketika itu melebihi 20 orang.”

Advertisement

Katanya, tindakan undang-undang harus dikenakan kepada pihak pengusaha kolam. Hal ini kerana, beliau mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan kerajaan iaitu memakai topeng muka, mendapatkan nombor giliran untuk masuk memancing dan mengamalkan penjarakkan sosial satu meter.

Terdahulu, laporan media menyatakan, seramai 59 pemancing dikenakan kompaun masing-masing RM1,000 kerana melanggar arahan PKPB.

Malah mereka juga dikehendaki melunaskan bayaran terbabit di Pusat Daerah Hulu Selangor selewat-lewatnya 8 Jun ini.

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. sepupu sepapat mak kiah

    May 27, 2020 at 4:17 pm

    59org x Rm1000…Wauuuuu RM59ribu kauuu..kihkihkih..langgar lagi pkp..org suruh ddk rumah diam xnk dengor..

  2. minah jambu say STAY AT HOME !!

    May 27, 2020 at 3:11 pm

    padan muka kau aiman bontot tu dh gatal sangat nak keluar tak ikot arahan kerajaan..padan muka kau hahahahaha…nyanyi lah ku ingin di benci…hahahaha..

  3. Anonymous

    May 27, 2020 at 1:55 pm

    Menteri pon kena saman, xkan la artis boleh lepas

  4. Anonymous

    May 27, 2020 at 12:22 pm

    PADAN MUKA. SIBUK SANGAT NAK MANCING. SENDU LA TU TADE DUIT NAK BAYAR DENDA

  5. kiah

    May 27, 2020 at 12:00 pm

    artis dengan alasan berpisah tiada…terima jela dik..memg ko langgar pkpb, memancing termasuk dalm aktiviti yang dilarang oii…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top