Written by AbangNara | March 19th, 2018

Kulit yang cerah dan bersih tanpa jerawat dan tanpa jeragat adalah yang paling diimpikan oleh setiap wanita. Bila tengok muka kawan yang flawless, jeles la juga. Agak-agak apa yang mereka makan ye?

Jom admin kongsi 5 makanan yang boleh diamalkan untuk kulit cerah dan berseri!

1. Brokoli

Brokoli merupakan sayuran nombor 1 dalam sayur yang tinggi nutrisi di dunia. Dalam brokoli ada antioksidan dan Vitamin A, Vitamin C, Vitamin B kompleks, Vitamin K dan Vitamin E. Semua vitamin ni berperanan untuk menyegarkan kulit wajah sepanjang hari. Boleh dimakan setelah dikukus atau secara mentah bersama salad.

sumber : http://www.vitaminkita.net

Bagusnya brokoli adalah kerana rendah kalori menjadikan brokoli sangat baik untuk kesihatan, khususnya kulit yang bersih dan cerah!

2. Alpukat

Alpukat salah satu buah yang mengandungi lemak baik dan sangat popular dalam dunia diet. Buah ini mengandungi Vitamin C dan Vitamin E yang sangat bagus untuk menjadikan kulit bersih dan cerah. Boleh dibuat jus atau makan begitu sahaja.

3. Soya 

Soya sangat bagus untuk mencerahkan kulit kerana mempunyai ciri-ciri anti penuaan yang boleh menghalang kedutan dan tanda-tanda penuaan. Soya juga membantu mengekalkan kelembapan dan seri kulit. Menjadikan kulit kita lebih lembut, bertenaga, cerah dan tona kulit sekata. Pastikan anda memilih soya yang tidak mengandungi GMO ye.

sumber : http://www.vitaminkita.net

4. Lemon & Limau

Lemon dan Limau mengandungi Vitamin C yang tinggi dan menjadikan ia sebagai ejen pemutihan semula jadi yang sangat menakjubkan. Ia membantu menyelesaikan masalah kulit seperti jerawat, kedutan, bintik hitam dan anti penuaan. Menjadikan kulit lebih anjal dan lebih muda. Lemon & limau juga bagus untuk detox tau.

sumber : http://www.vitaminkita.net

5. Kacang 

Kacang seperti almond, kacang brazil, walnuts, biji labu, dan biji matahari mengandungi protein yang tinggi dan zat selenium. Vitamin A, C dan E dalam kacang ini membantu membaiki kulit rosak, melicinkan dan mencerahkan kulit. Jadi, tambah kacang-kacang ini dalam pemakanan untuk mendapatkan kulit cerah, putih dan berseri secara semula jadi.

Sumber : http://www.sheknows.com/

Ada Tak Tablet Yang Boleh Ganti Makanan-Makanan Ni?

Sekarang, kebanyakan orang suka mencari tablet yang merangkumi vitamin yang ada dalam makanan-makanan ni. Lebih mudah untuk diamalkan dan lebih cepat untuk dapatkan kesannya.

Anda boleh cuba kapsul Whita Glo. Kapsul ini berasaskan sayuran, untuk mencerah dan memutihkan kulit. Ia mengandungi 400mg L-Glutathione yang berkualiti tinggi dari Jepun.

Umur seawal 20 tahun disarankan untuk mengambil Whita Glo untuk mencerahkan kulit. Paling penting, Whita Glo telah terbukti secara klinikal untuk memutihkan kulit dan ianya HALAL.

Fungsi Whita Glo :

a) Mencegah pengeluaran melanin.

sumber : https://www.news-medical.net

Apa itu melanin?

Melanin adalah pigmen yang berfungsi menentukan warna kulit seseorang. Warna kulit yang lebih gelap mempunyai melanin yang lebih banyak pada lapisan epidermis dibandingkan kulit yang berwarna terang.

b) Mengurangkan pigmentasi gelap (jeragat), memperbaiki bintik hitam dan parut jerawat.

Apa itu pigmentasi (jeragat)?

sumber : https://www.cosmopolitan.com

Jeragat merupakan sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat dan kelihatan tua sekaligus menjejaskan penampilan.

Jeragat juga dikenali sebagai tompok hitam, pigmentasi pada kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang bertapak secara berkelompok di beberapa bahagian badan,wajah dan leher.

c) L-Glutathione sebagai ejen antioksidan yang melindungi sel kulit daripada kerosakan dan mengurangkan tanda penuaan.

Apa Manfaat L-Glutathione?

Sumber : https://www.healthline.com/

Glutathione adalah antioksidan yang terdapat secara semula jadi di dalam sel-sel tubuh. Ia terdiri daripada tiga asid amino iaitu Glutamik Asid, Cysteine dan Glycine. Ia penting untuk melindungi sel-sel daripada radikal bebas berbahaya. Kehadiran glutathione diperlukan untuk mempertahankan fungsi kekebalan sistem tubuh.

Cara Pengambilan Whita Glo

Cara pengambilan Whita Glo, hanya perlu ambil 1 tablet Whita Glo sahaja selepas waktu makan. Untuk kesan cerah dan putih yang lebih cepat, anda boleh ambil 2 tablet sehari.

Harga Whita Glo

Harga sebotol Whita Glo ialah RM135.68 sebotol. Didalamnya mengandungi sebanyak 30 tablet, jadi 1 botol Whita Glo boleh tahan selama 1 bulan.

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan 1 botol PERCUMA Whita Glo 30s bernilai RM135.68 dengan pembelian 2 kotak Whita Glo 30s bermula 15 Mac sehingga 15 May 2018.

Untuk maklumat lanjut dan cara pembelian, boleh dapatkan Whita Glo di website : https://www.totalimage.com.my/



TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

11 responses to Inginkan Kulit Yang Cerah Dan Berseri? Amalkan 5 Makanan Ini!

  1. Miss Unibes says:

    i minum clorox je kalau nak putih. Sekaligus untuk putihkan hati yg hitam. Nak kulit lembut sekaligus perwatakan lembut, i minum softlan. Nak wangi 24/7, i minum ajax. Whatever.

    32

    0
    • minah jambu say NO to drugs says:

      betol jugak cakap engkau…bijak engkau punye kepala hotak..

      2

      5
      • Anonymous says:

        Tahukah anda, kolagen paling murah adalah sup kaki2 ayam kurang minyak dan agar2. Pasti halal dan selamat…

        4

        0
        • Mat Ronggeng says:

          Tahu kah anda kaki ayam tak pakai kasut sejak lahir sampai lah jadi sup yg ko masak.

          0

          0
    • kuning langsat says:

      btl2..xde la org gelap dlm dunia ni..nk srh laki aku mkn jgk la..duk kje tgh sawah skrg ni..panas lik lik lol..smpai gelap laki aku tu.hahahaha

      0

      0
    • RakyatMarhaen says:

      Aku mmg pengguna produk total image..sbb produk ni bukan produk malaysia tapi luar negara punya..mmg bagus..cuma mahal sikit tapi ye la what do you expect??dorg buat research kot sblm buat produk bukan produk kilo mcm malaysia..kalau pakai bertahun mmg lawa giler kulit kau..minum jer air banyak2..aku guna yg supplement kotak pink tu

      0

      0
    • Anonymous says:

      Jus detox tidak melebihi RM 100.
      I biji oren (dikupas)
      2 biji limau nipis
      1 bawang putih (dikupas)
      1/2 inchi halia (dikupas)
      1 sudu teh minyak zaitun virgin.
      1 gelas air putih.
      *Buah kelapa (jus)
      Kisar semua bahan2 kecuali limau nipis (diperah) dan minum. Air kelapa di minum selepas 5 jam.
      Amalkan seminggu 3 kali. Insya allah!

      5

      0
  2. tanya jer says:

    alpukat tu bahasa indonesia… bahasa malaysia panggil avokado ke???

    0

    0
  3. the truth says:

    haah…..makan benda2 mcm ni lagi bagus dari makan vegetables, fruits and nuts…… yang penting putih….. besok2 semua makanan buat bentuk powder….. bagus….. membodohkan manusia……. tuhan buat sayur elok2, but no…… powder lagi bagus hahahahahhahahahahahahahahahahaha tambah pulak gluthathione tu…… tah pape lah org malaysia….. takyah lah ikut sgt ckp org yg buat business… putih putih putih, makan ni senang sihat,,,. they create your insecurity and then they sell the “CURE” for the insecurities that they created….. hampa pun beli……………………..BODOH……………………

    1

    0