Inginkan Kulit Yang Bebas Jerawat, Parut & Minyak? Ketahui Tips Penjagaan Berkesan Dari Pakar Kulit!

Branded

Inginkan Kulit Yang Bebas Jerawat, Parut & Minyak? Ketahui Tips Penjagaan Berkesan Dari Pakar Kulit!

Bila sebut mengenai masalah kulit wajah, semestinya jerawat dan kesan jerawat adalah masalah utama yang ingin diatasi. Kadang-kadang sampai perlu mengeluarkan ribuan ringgit hanya untuk mengurangkan kesan jerawat.

Masalah jerawat dan kulit berminyak bukan lagi isu yang hangat di kalangan remaja, malah ia turut menjadi permasalahan bagi golongan dewasa yang turut memberi kebimbangan bagi para dermatologi.

Banyak produk penjagaan kulit yang menyatakan dapat memberikan keberkesanan pada kulit wajah. Tapi adakah ia sesuai dengan kulit muka anda?

Nak tahu caranya? Sini kami kongsikan 4 tips untuk kenal pasti produk yang sesuai untuk kulit wajah anda.

Tips 1 – Kenal pasti jenis kulit wajah anda

Eucerin, jerawat, kulit berminyak, parut jerawat

Jenis kulit wajah boleh dibahagikan kepada 5 jenis iaitu normal, kering, sensitif, berminyak dan kombinasi.

Macam mana nak check? Senang je.

Langkah 1 – Cuci muka anda menggunakan pencuci muka dan biarkan selama 30 minit.

Langkah 2 – Selepas 30 minit, periksa muka anda menggunakan tisu kering.

Kulit Normal – Jika tisu anda lekat seketika pada wajah kemudian jatuh tanpa ada kesan minyak, maka kulit anda jenis normal.

Kulit Kering – Jika tisu jatuh terus tanpa melekat pada wajah dan terasa tegang pada wajah, maka kulit anda jenis kering.

Kulit Sensitif – Jika tisu jatuh dan anda merasakan kulit wajah anda seperti mengelupas dan mempunyai kemerahan, maka ia adalah jenis kulit sensitif.

Kulit Berminyak – Jika tisu pada anda melekat terus pada muka, ianya berminyak dan tidak jatuh, maka kulit wajah anda jenis berminyak.

Kulit Kombinasi – Jika tisu terus melekat beserta kesan berminyak pada hidung, dahi dan dagu, manakala kulit pada kawasan selain itu sama ada jenis normal ataupun kering, itu adalah kulit jenis kombinasi.

Tips 2 – Anda kulit berminyak & berjerawat? Pastikan pilih produk penjagaan kulit yang membersih secara mendalam dan tidak mematikan kulit wajah.

Bagi yang mempunyai kulit wajah jenis berminyak serta berjerawat, pastikan anda memilih produk penjagaan kulit dengan tepat. Hal ini supaya, anda dapat mengurangkan kadar lebihan minyak pada wajah yang boleh menjadi punca jerawat kerap tumbuh.

Pastikan produk penjagaan kulit anda dapat membersih wajah secara mendalam dan teliti tanpa merosakkan kulit wajah.

Anda boleh menggunakan produk yang mempunyai kandungan bahan aktif seperti asid salisilik dan juga tekstur yang lembut seperti gel ke buih seperti yang sesuai dan selamat digunakan bagi jenis kulit muka berminyak dan berjerawat.

Tips 3 – Guna produk penjagaan kulit yang mengandungi kandungan aktif.

Apa kata untuk kali ini, anda cari produk yang dapat memberi kesan anti-jerawat, anti-parut dan anti-kilat. Macam mana nak dapat?

Pastikan produk korang mengandungi bahan aktif seperti AHA, PHA dan juga BHA yang membantu dalam memberi kesan anti-parut pada wajah. Ditambah pula, dengan asid salisilik yang membantu memastikan anti-jerawat pada muka anda.

Lagi best, bila produk anda mempunyai tekstur yang lembut seperti gel ke buih yang memastikan pembersihan mendalam tanpa mengurangi kelembapan pada wajah. Ia turut memberi kesan anti-kilat yang memastikan tiada lebihan minyak pada wajah anda.

Tips 4 – Gunakan produk yang telah diyakini oleh pakar kulit dan pengguna.

Untuk memberi keyakinan pada diri anda dalam memilih sesuatu produk skincare, anda gunakan produk yang telah dipercaya dan diakui berkesan oleh orang ramai dan juga pakar.

Atasi Masalah Jerawat & Kesan Jerawat Dengan Eucerin ProACNE Solution 3X+ Treatment ++ Gel To Foam Cleanser

Eucerin, jerawat, kulit berminyak, parut jerawat

Eucerin ProACNE Solution 3X+ Treatment ++ Gel To Foam Cleanser, produk skincare baru dari Eucerin yang dapat membantu menghapuskan jerawat serta mengurangkan kesan jerawat pada wajah.

Produk ini mengandungi 2% asid salisilik yang bertindak membersihkan wajah secara klinikal dan mendalam. Ia juga memberi kesan anti-jerawat dengan merawat dan mencegah jerawat daripada tumbuh lagi.

Selain itu, produk baru ini turut mengandungi 3 bahan aktif yang yang mensasarkan atau mengatasi masalah kulit secara spesifik. Antaranya ialah:

AHA – Bahan utama dalam bidang dermatologi. Ia telah diiktiraf oleh pakar kulit mengenai keberkesanannya dalam membersihkan kulit dan meningkatkan perolehan sel kulit bagi membaiki tona dan tekstur kulit dengan lebih baik dan sihat.

PHA – Melicinkan kulit tidak kira kusam, sensitif ataupun dehidrasi.

BHA – Membersihkan liang-liang pori tersumbat yang mengakibatkan tona tidak sekata dan tekstur kulit kasar.

Ketiga-tiga bahan aktif ini mempunyai kesan anti-parut pada wajah anda. Jadi, kesan jerawat di muka dapat dikurangkan.

Bukan tu je, Eucerin ProACNE Solution 3X+ Treatment ++ Gel To Foam Cleanser turut mempunyai kesan anti-kilatan. Wajah dibersihkan secara menyeluruh bagi menghilangkan sebum, kotoran dan juga solekan punca kulit jadi berminyak.

Eucerin, jerawat, kulit berminyak, parut jerawat Menariknya lagi, tekstur yang ada produk baru Eucerin ini adalah gel yang bertukar ke buih. Tekstur yang tidak keras, malah lembut serta berbuih apabila digosok memberi keselesaan semasa membersih muka.

Eucerin, jerawat, kulit berminyak, parut jerawat Bagi anda yang mempunyai jenis kulit berminyak, Eucerin ProACNE Solution 3X+ Treatment ++ Gel To Foam Cleanser sesuai digunakan kerana pencuci ini membantu mengurangkan kadar lebihan minyak yang menjadi salah satu punca jerawat kembali tumbuh. Ia juga boleh digunakan pada bahagian badan juga tau.

Tak usah risau untuk mencuba dengan produk baru Eucerin sebab produk dari Eucerin telah diyakini* membantu mengatasi masalah jerawat serta mengurangkan kesan jerawat oleh pengguna dan pakar kulit.

97% anti-jerawat, 96% anti-parut dan 97% anti-kilat.

*Kajian klinikal telah membuktikan bahawa 96% pesakit jerawat mengesahkan bahawa produk ini mempunyai kesan anti cela,, anti parut dan anti kilatan (percubaan klinikal telah dijalankan pada September dan Oktober 2022 ke atas 119 pesakit jerawat berumur 12-40 tahun).

Cara Penggunaan

Untuk mendapatkan kesan yang efektif dan menyeluruh pada wajah. Anda disyorkan menggunakan Eucerin ProACNE Solution 3X+ Treatment ++ Gel To Foam Cleanser dengan mengikuti beberapa langkah ini.

Langkah 1: Pastikan anda menggunakan Eucerin ProACNE Solution 3X+ Treatment ++ Gel To Foam Cleanser sebagai pencuci muka utama dalam rutin penjagaan wajah

Langkah 2: Cuci muka menggunakan Eucerin ProACNE Solution 3X+ Treatment ++ Gel To Foam Cleanser 2 kali sehari, pada waktu pagi dan juga malam.

Eucerin, jerawat, kulit berminyak, parut jerawat

Langkah 3: Gosokkan gel dengan air untuk memastikan tekstur bertukar menjadi buih bagi memberikan keselesaan semasa mencuci muka.

Eucerin, jerawat, kulit berminyak, parut jerawat

Langkah 4: Sapu dan bersih pada bahagian muka yang basah serta elakkan dari terkena bahagian mata.

Langkah 5: Bilas dengan air bersih.

Mudah kan?

Dengan mengikuti langkah ini, masalah jerawat dan kesan jerawat dapat diatasi. Anda dapat melihat perubahannya selepas seminggu.

Jadi tunggu apa lagi, dapatkan sekarang Eucerin ProACNE Solution 3X+ Treatment ++ Gel To Foam Cleanser di Watsons ataupun kedai online Watsons menggunakan kod promo PAEUC10. Anda juga boleh dapatkan di Shopee dan Lazada.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Eucerin dan ikuti laman sosial di Facebook dan Instagram.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...