Inginkan Berat Badan Yang Ideal? Ayuh!! Tambah Ilmu Pengetahuan Dengan 5 Fakta Menarik Tentang Pembedahan Bariatrik

Makanan

Inginkan Berat Badan Yang Ideal? Ayuh!! Tambah Ilmu Pengetahuan Dengan 5 Fakta Menarik Tentang Pembedahan Bariatrik

Di Malaysia, kira-kira 3.3 juta rakyat Malaysia disahkan mengalami masalah obesiti dan masalah berat badan yang berlebihan.

Laporan Tinjauan kesihatan Morbiditi Kebangsaan 2015, dianggarkan 5.6 juta penduduk berusia 18 tahun mengalami berat badan yang berpunca cara pemakanan yang tidak sihat.

Advertisement

Satu pembedahan yang semakin menjadi pilihan pesakit obesiti dikenali sebagai bariatrik di mana ia dilihat salah satu kaedah berkesan untuk penurunan berat badan.

obesiti

Lebih menarik, pembedahan ini dilakukan secara kaedah tebukan atau laparoskopik bukan sahaja dapat mengurangkan berat badan malahan dapat meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan.

Sementara itu, terdapat tiga jenis pembedahan bariatrik yang boleh dilakukan bagi golongan obesiti iaitu Sleeve Gastrectomy, Gastric Bypass dan Adjustable gastric band atau Band Gastrik boleh laras.

Ia bertujuan untuk mengurangkan saiz perut yang disebabkan pengambilan makanan dalam kuantiti terhad selepas pembedahan.

pembedahan bariatrik

Ini dia 5 fakta menarik tentang pembedahan bariatrik dan ilmu pengetahuan baru buat anda semua:-

  1.  Pembedahan ini biasanya dilakukan untuk pesakit yang terlalu obes dan tidak dapat mengawal atau mengurangkan berat badan.
  2. Pesakit yang ingin melakukan pembedahan ini mestilah mempunyai BMI lebih 35 atau 40 dengan masalah kesihatan seperti kencing manis dan darah tinggi.

pembedahan bariatrik

  1.  Sebelum melakukan pembedahan, pesakit perlu menjalani ujian kesihatan antaranya memeriksa setiap organ dalaman menerusi kaedah ultra bunyi.
  2.  Selepas pembedahan, saiz perut akan mengecil dan badan dapat mengurangkan rasa lapar.
  3.  Pembedahan bariatrik dapat mengurangkan berat badan dalam tempoh dua tahun dan risikonya tidak tinggi dan selamat.

Moga ianya dapat memberi sedikit pengetahuan kepada anda semua.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...