Bersenam bukan sahaja dapat menguruskan badan malah ia mempunyai pelbagai kelebihan seperti dapat membentuk otot sekiranya melakukan gerakan yang betul yang memberi kesan penurunan berat badan.
1. Push Up (tekan tubi)
Caranya sangat mudah dan sangat sesuai dilakukan oleh lelaki ataupun wanita. Ia adalah senaman paling sesuai untuk membentuk otot lengan dan bahu.
Untuk mendapatkan kesan yang maksima, lakukan tekan tubi secara konsisten dan berulang mengikut kemampuan setiap hari.
2. Lunges
Gerakan lunges boleh menguatkan tulang punggung dan kali selain mampu memperbaiki keseimbangan. Malahan, gerakannya sangat mudah di mana anda perlu berdiri tegak dan membuka kaki seperti ingin melangkah. Seterusnya, condongkan tubuh anda sehingga keadaan lutut berada dalam posisi 90 darjah.
3. Bench press.
Senaman ini perlu dilakukan dengan berhati-hati. Ia dapat menguatkan otot dada, bahu dan trisep.
Caranya sangat mudah namun harus berhati-hati, anda perlu mengangkat bebanan mengikut kemampuan. Akhir sekali, gabungkan dan lakukan kesemua senaman untuk mendapatkan kesan yang maksimum dalam usaha menambah berat badan dan membina otot untuk memiliki badan yang sihat.