Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila antara pasangan yang cukup popular sekarang. Mengakui ingin mempunyai keluarga beliau sendiri, Sharnaaz nampaknya ingin serius bersama kakak Neelofa itu selepas memberikan komen ingin tua bersama-sama kekasihnya itu.
Komen itu adalah respon apabila Nabila memuat naik foto seutas rantai yang dihadiahkan oleh Sharnaaz untuknya baru-baru ini.
Thank you to the man that makes me the happiest woman #alive. They say love will find you when you stop looking.
Wah memang tak dapat disembunyikan lagi, Sharnaaz dan Nabila sama-sama sedang dilamun cinta tetapi malu untuk mengakuinya. Mungkin juga selepas beberapa kali putus cinta, kini Sharnaaz Ahmad tidak mahu terus gagal lagi. Siapa tahu kalau ada jodoh kita boleh lihat mereka bersanding di atas pelamin kan? Harap kebahagiaan mereka berdua ini kekal.