Salah satu aktiviti wajib di pagi Aidilfitri untuk kaum Hawa ialah bersolek. Atau dalam bahasa omputihnya “make up”.

masa bersolek nie bolehlah dengar macam-macam jenis jeritan sebab masing-masing nak cepat
Kalau selama ini anda sering bersolek dengan “gadis Melayu terakhir”, “gadis kampung jelita malu-malu” atau “gadis bandar yang penuh kesopanan”, Aidilfitri kali ini, apa kata anda buat kelainan sedikit? Sekali-sekala tampil unik, tampil berbeza dan tampil berani apa salahnya kan? Hari Raya kali ini, mari serlahkan ke”Turki”an wajah anda bersama NITA.
Untuk si Hawa yang sukakan cabaran, mahukan kelainan dan tidak gentar untuk tampil unik, NITA telah mengembara ke Turki demi mencari idea dan inovasi untuk rekaan lipstik serta eyeshadow terbaru. Hasilnya ternyata tidak mengecewakan. Aidilfitri ini, jika anda bersolek dengan NITA, sudah pasti penampilan anda paling akan mencuri tumpuan.
1.Cappadocia – Moist Jumbo Lipstick
Diinspirasikan ketika terkesima dengan kecantikan Cappadocia, NITA Cosmetics’ Moist Jumbo Lipsticks berwarna “rose pink” pasti akan menyerlahkan warna bibir anda di pagi raya. Confirm semua mata yang memandang akan terpukau dan terbayang-bayang kecantikan anda sepanjang hari.
Selain Cappadocia, anda juga boleh memilih untuk menyerlahkan seri bibir anda bersama Ankara (hot fuschia) , Antalya (blush mauve), Istanbul (coral peach) dan Izmir (red crimson). Kesemuanya mempunyai keunikan masing-masing. Nasihat Abang Nara, beli je kelima-lima lipstick di dalam set NITA Turkish Moist Jumbo Set ini. Raya kan sebulan. Boleh tukar-tukar setiap hari.
2. Grand Palace Eyeshadow Palette

tengok tue mata dia bila pakai Grand Palace Eyeshadow Palette. Memang memukau
Sama seperti koleksi lipsticknya, anda juga boleh memilih di antara Grand Palace (grey), Turkish Delights (pink) dan Spice Bazaar (brown) untuk dijadikan penyeri mata anda di pagi Syawal kelak. Kalau ada adik beradik perempuan ramai, belilah tiga-tiga terus. Pagi 1 raya nanti tak payah nak berebut-rebut. Semua ada set eyeshadow NITA masing-masing.
Jadi tunggu apa lagi? Inilah peluang anda untuk menyerlahkan ke”Turki’an wajah anda yang selama ini tersimpan rapi. Aidilfitri ini adalah masa yang ditunggu-tunggu. Maklumat lanjut layari www.nitacosmetics.com.