Ingin Mencuba Makanan Halal Yang Lazat & Unik? Terbanglah Ke Taiwan Hari Ini

Hiburan

Ingin Mencuba Makanan Halal Yang Lazat & Unik? Terbanglah Ke Taiwan Hari Ini

Baru-baru ini, satu kaji selidik telah dijalankan ke atas 1000 rakyat Malaysia yang beragama Islam oleh Taiwan Tourism Bureau. Para peserta telah diminta menjawab 2 soalan di bawah:-

  • Apakah kriteria utama apabila memilih destinasi perlancongan anda?
  • Apakah tujuan utama anda sekiranya diberikan peluang terbang ke Taiwan?

Walaupun diberikan pelbagai pilihan jawapan, rata-rata peserta kaji selidik ini telah memilih “makanan” sebagai kriteria dan tujuan utama mereka bagi kedua-dua soalan ini. Untuk makluman, Taiwan adalah satu destinasi pelancongan yang sangat Muslim-friendly, terutamanya bab makanan.  Jadi untuk anda yang teringin mencuba makanan yang lazat, unik dan tidak boleh didapati di Malaysia,  hari ini Abang Nara akan kongsikan beberapa lokasi dan jenis makanan HALAL yang boleh didapati dengan mudah di Taiwan.

Advertisement

Taipei 101, mercu tanda kebanggaan rakyat Taiwan. Salah satu lokasi wajib dilawati sekiranya anda menjejakkan kaki ke negara ini

Restoran Chang Halal Beef Noodles

Makanan pertama yang WAJIB dicuba apabila di Taiwan tidak lain tidak bukan ialah mi daging tradisionalnya. Restoran Chang yang menyediakan makanan ini secara halal telah beroperasi selama 60 tahun. Rasanya yang authentik, dagingnya yang lembut serta minya yang tebal pasti akan membuatkan anda kekenyangan. Pastikan anda datang awal sebab beef noodle di sini selalu sold out sebelum waktu malam. Untuk makluman, restoran ini turut tersenarai di dalam laman web Michelin Guide sebagai salah satu restoran terbaik di Taiwan.

Alamat: No. 21, Yanping South Road, Zhongzheng District, Taipei City, Taiwan 100

Waktu operasi: 9 pagi – 8 malam

Cara ke lokasi: Gunakan MRT dan keluar di Ximen Station pintu 5. Selepas itu anda perlu berjalan kaki selama 5 minit sahaja.

 Restoran Dingxian 101

Selepas seharian penat menerokai Taiwan, apa kata rehatkan diri anda sambil menikmati makan malam dengan pemandangan yang memukau di restoran Dingxian 101. Terletak di tingkat 89 bangunan Taipei 101, restoran ini menyediakan 6 set makanan halal untuk anda cuba. Ada tiram yang dibalut dengan telur, sup ayam, udang raja yang dikukus dengan bawang dan macam-macam lagi. Memang syurga buat penggemar seafood. Sekali dah cuba, confirm nak lagi.

Alamat: 86F, No.7, Section 5, Xinyi Road, Taipei City, Taiwan.

Waktu operasi: Isnin – Ahad: 11:30am – 2:30pm, 5:30pm – 10pm

Cara ke lokasi: Gunakan MRT dan berhenti di MRT Taipei City Hall Station. Keluar dan cari bangunan Taipei 101.

Restoran Silk Palace di National Palace Museum

Salah satu tempat yang wajib dilawati apabila menjejakkan kaki ke Taiwan ialah National Palace Museum. Di sini anda akan dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang sejarah negara ini. Sekiranya anda ke sini pada awal pagi, jangan lupa untuk menikmati makan tengah hari di restoran Silk Palace yang terletak di dalam muzium ini. Dengan pelbagai pilihan makanan halal yang tersedia, anda boleh “recharge” kembali segala tenaga untuk meneruskan pengembaraan Taiwan anda pada waktu petang.

 Alamat: No. 221, Section 2, Zhishan Road, Shilin District, Taipei City, Taiwan.

Waktu operasi:  Isnin – Jumaat: 11:30am – 2:30pm, 5:30pm – 9:30pm, Sabtu – Ahad: 11am – 3pm, 5:30pm – 9:30pm

Cara ke lokasi: Ambil MRT laluan Tamsui-Xinyi dan turun di Shilin Station. Dari situ, ambil teksi untuk perjalanan selama 15 minit ke National Palace Museum.

50 LAN Bubble Tea

Sekiranya anda peminat minuman boba/bubble tea, jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri kelazatan jenama 50 LAN. Merupakan jenama bubble tea terbesar dan paling popular di Taiwan, bubble tea 50 LAN yang paling diminati ramai adalah seperti pearl/bubble milk tea, grass jelly milk tea dan pudding milk tea. Sambil-sambil berjalan sekitar bandar Taipei, sambil hilangkan dahaga dengan bubble tea. Barulah segar sepanjang masa!!!

Yunus Halal Restaurant

Kalau dah namanya rakyat Malaysia, pasti kita akan merindui makanan tanah air kan? Ha, jangan risau sebab korang boleh makan tomyam di Yunus Halal Restaurant ini. Siap ada ikan siakap kukus, kangkung goreng belacan, puding manga dan banyak lagilah. Rasanya pun sebijik macam restoran Thailand di Malaysia. Paling best, siap ada tempat solat di restoran ini. Kenyang pun kenyang, sembahyang pun setel. Terbaik kan?

“Street Food” di pasar malam

Taiwan memang cukup terkenal dengan pasar malam seperti Fengia Night Market, Shilin Night Market dan Raohe Night Market. Selain menjual pelbagai barangan dengan harga murah, pasar malam adalah tempat terbaik untuk mencuba “street food” yang popular di kalangan penduduk Taiwan. Antara “street food” yang WAJIB dicuba ialah:-

Stinky Tofu

 Deep Fried Squid Balls

Gula-gula Tomato

Thousand Layer Scallion Pancake

Ha amcam teruja tak para pencinta makanan? Memang banyak makanan sedap, authentik, unik dan halal di Taiwan nie. Silap-silap boleh naik 2,3 kilogram kalau anda cuba kesemuanya. Jadi tunggu apa lagi? Bolehlah mula merancang percutian anda ke Taiwan. Untuk makluman lanjut, sila layari www.taiwanhalal.com



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...