December 20th, 2019

Pernah tak anda teringin untuk melancong ke sebuah lokasi percutian yang unik dan lain daripada yang lain? Mungkin ada yang belum pernah terdengar lagi tentang Lanzhou, wilayah Gansu di China ini. Untuk yang belum ‘familiar’ dengan tempat ini, jangan risau kerana kami akan kongsikan sesuatu untuk anda.

Baru-baru ini, Aisha Nazar yang merupakan seorang jurugambar berkongsikan pengalaman percutiannya di sana. Aisha yang juga adalah duta bersama AirAsia dan Sony mengembara ke Lanzhou dan sempat merakamkan pengalamannya itu.

Lanzhou promosi Air Asia

Sebagai seorang jurugambar, tawaran untuk ke Lanzhou ini juga adalah peluang untuk Aisha mengembara keunikan lokasi ini menerusi lensa kameranya. Tetapi di manakah sebenarnya Lanzhou ni?

Lanzhou, wilayah Gansu

Lanzhou, wilayah Gansu

Lanzhou adalah ibu kota di wilayah Gansu yang terletak di barat laut negara China. Kalau anda nak tahu, di sini juga adalah lokasi kemasukan Islam yang pertama di China. Jadi untuk mereka yang berminat untuk tahu tentang sejarah Islam di sini, inilah masanya untuk anda mengembara ke sini. Itu juga bermakna, Lanzhou adalah destinasi yang sangat muslim friendly dan anda boleh melancong tanpa sebarang kerisauan.

Antara lokasi popular di sana ialah Yellow River, Gobi Desert, Rainbow Mountains, Binggou Danxia dan banyak lagi. Secara ringkasnya, Lanzhou adalah ibu kota yang moden tapi dalam masa yang sama masih ada kecantikan semula jadi mereka.

Lanzhou promosi Air Asia

Nak tahu apa lagi yang best nya di Lanzhou ni? Jom ikuti pengalaman percutian yang dikongsikan oleh Aisha ini. Boleh lah anda jadikan Lanzhou sebagai destinasi percutian seterusnya untuk anda sekeluarga dan kawan-kawan!

Yellow River

Yellow River Lanzhou

Lokasi pertama yang dikunjungi Aisha ialah Yellow River yang merupakan sungai kedua yang terpanjang di China dan yang ke-enam terpanjang di dunia sepanjang 5,464 km. Pada zaman dahulu, masyarakat setempat sangat bergantung pada sungai ini dan ianya juga sudah jadi sebahagian daripada Silk Road. Apa sebenarnya Silk Road tu?

Silk Road adalah laluan perdagangan pada zaman dahulu yang menghubungkan China dan Barat dengan barangan dagangan dua tamadun iaitu Tamadun Rom dan Tamadun China.

Sungai ini juga dinamakan sebagai Yellow River kerana kandungan lumpur yang sangat tinggi. Jadi sebab itu lah, warna air di sungai ini tidak jernih seperti air sungai yang lain.

Gobi Desert

Mongolian Gobi Desert

Seterusnya, Gobi Desert yang terletak di Dunhuang ini di mana anda boleh menaiki tren terus dari Lanzhou. Siapa sangka ini merupakan padang pasir terbesar di Asia dan ianya terletak di China!

Hampir kesemua pengembara di sini tidak akan melepaskan peluang untuk melawat Gobi Desert ini. Untuk pengetahuan anda, tempat ini juga merupakan takungan fosil dinasour terbesar di dunia! Pelbagai fosil dinasour antaranya spesimen Tarbosaurus dijumpai di sini.

Mongolian Gobi Desert

Rainbow Mountains

Hampir semua bandar yang dilawati Aisha di sini adalah sebahagian daripada Silk Road. Di sini juga lah terletaknya Rainbow Mountains iaitu bukit bukau yang berwarna pelangi. Rainbow Mountains terletak di dalam Zhangye Danxia Landform Geological Park dan mendapat pengiktirafan UNESCO World Heritage Site pada 2009.

Rainbow Mountains

Binggou Danxia

Binggou Danxia

Mula dibuka pada tahun 2014, anda dapat saksikan Binggou Danxia dipenuhi dengan binaan batu-batu yang terbentuk sejak berjuta tahun dahulu. Di sini, Aisha perlu menaiki tren selama 21 jam ke Xining yang terletak di wilayah Qinghai yang merupakan sebahagian tanah Tibetan.

Binggou Danxia juga merupakan ‘adik beradik’ kepada Rainbow Mountains kerana terletak berhampiran antara satu sama lain. Pastinya satu pengalaman takkan dapat dilupakan untuk melihat sendiri binaan batu-batu yang terbentuk secara semula jadi ini sejak berjuta tahun dahulu.

Pilihan makanan halal

makanan halal di Lanzhou

Kalau anda nak tahu, di sini sangat senang untuk mencari makanan halal, jadi soal makanan takkan menjadi masalah besar di sini. Antara makanan yang anda wajib cuba adalah Mee Tarik Lanzhou (pulled noodles). Ini adalah salah satu signature dish di Lanzhou yang mana kalau tak cuba, tak sah!

Selain itu, masyarakat di sini sangat gemar makan daging kambing dan anda patut cuba kebab kambing mereka. Makanan tempatan di sana boleh tahan pedas nya jadi memang sesuai dengan citarasa masyarakat Malaysia.

Teh Sanpotai adalah teh buah yang selalu dihidangkan di restoran mee Tarik yang merupakan hidangan istimewa masyarakat cina muslim di selatan China. Ada longan kering, kurma merah, goji berries, kismis, daun teh hijau dan gula batu di dalam air panas.

Lanzhou promosi Air Asia

Selain itu, anda patut cuba fried oil cake yang seakan donut goreng dan Niu Nai Lao Zhao iaitu sup manisan yang terdiri daripada susu, telur, kismis dan kacang. Tips daripada penduduk tempatan kepada Aisha, semakin panjang janggut si penjual, semakin panjang pembeli yang akan berbaris yang bermakna ianya memang sedap!

Kebanyakan makanan jalanan boleh dijumpai di pasar makanan dan mereka juga terima bayaran QR Pay melalui Alipay. Jadi lebih mudah untuk anda berbelanja walaupun tak bawa wang tunai yang banyak. Yang seronoknya, makanan di Lanzhou memang cukup murah! Semangkuk mee tarik hanya berharga 7 Yuen sahaja tetapi jika di luar daripada Lanzhou boleh menjadi sehingga 15 Yuen.

AirAsia

Terbang ke Lanzhou dengan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Lanzhou dengan Air Asia! Untuk ahli BIG, semua dalam tambang penerbangan sehala dari RM229 sahaja manakala bagi yang bukan ahli pula dari RM234!

Untuk yang nakkan keselesaan yang lebih, boleh pilih Premium Flatbed dengan semua dalam penerbangan sehala dari RM799 untuk ahli BIG dan RM804 bagi yang bukan ahli. Alang-alang naik penerbangan jauh tu, boleh lah cuba Premium Flatbed pula kan.

Tempah sekarang sehingga 12 Januari 2020 ini untuk dapatkan penerbangan bermula sekarang hingga 31 Ogos 2020. Selain itu, anda boleh tengok promosi menarik yang lain seperti Value Pack, Baggage, Seats, Santan in-flight meals, hotel, penerbangan + hotel, aktiviti, Ourshop.com, Travel Insurance, AirAsia DEALS dan banyak lagi!

Tunggu apa lagi? Tempah sekarang di airasia.com




4 responses to “Ingin Melancong Ke Lokasi Yang Unik Seperti Lanzhou, Gansu? Ikuti Pengalaman Seorang Jurugambar Dari Malaysia Ini”

  1. Anonymous says:

    boikot la

  2. Hun says:

    Btul tu..booo

  3. Aishah says:

    Cukup2 lah dgn cina Kat negara ni..

  4. Sakit mata says:

    Apalah Nara org duk sibuk nk boikot China atas kekejaman pada puak Uighur dia sibuk duk promote percutian ke China

Loading...