Ingin Kembangkan Perniagaan, Nasi Kandar Pelita Rancang Tawar IPO Tahun Depan

Trending

Ingin Kembangkan Perniagaan, Nasi Kandar Pelita Rancang Tawar IPO Tahun Depan

Restoran Nasi Kandar Pelita tidak perlu diperkenalkan lagi dan mempunyai cawangan di serata
Malaysia. Menerusi laporan Utusan Online, Syarikat Pelita Samudra Pertama (M) Sdn. Bhd. (Pelita) merencana untuk IPO menjelang suku pertama tahun depan.

Advertisement

Apa Itu IPO?

Initial Public Offer (IPO) ataupun Saham Terbitan Awam adalah saham yang diwujudkan oleh sesebuah syarikat untuk dijual kepada pelabur awam bagi mendapatkan dana untuk memperkembangkan lagi perniagaan mereka.

Untuk pihak Pelita, mereka ingin mengumpul dana untuk membuka restoran dan hotel baharu. Menurut Pengarah Eksekutifnya, Datuk KK Sihabutheen, pihaknya berharap dapat mengumpul 30 peratus modal bagi tujuan pengembangan operasi tersebut menerusi tawaran IPO berkenaan yang disasarkan pada harga antara RM.80 hingga RM1.

Usaha ke arah penyenaraian awam IPO itu sedang berjalan dan pihaknya menjangkakan akan mengambil masa kira-kira 18 bulan dari sekarang sebelum dapat disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Tahun ini, Pelita menyasarkan untuk membuka tiga lagi cawangan restoran nasi kandar di Johor, Melaka dan Nilai, Negeri Sembilan.

Syarikat itu juga  ingin mencuba cabang perniagaan yang baru dan dalam iniasiatif untuk membuka sebuah sekolah swasta dengan menerapkan model pendidikan dari United Kingdom (UK). Sekolah itu bakal dibina di Seberang Prai, Pulau Pinang dan dijangka akan mula beroperasi dua tahun akan datang.

Sumber Berita : Utusan Online

Kredit Foto : Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...