Pelakon Keith Foo memberitahu bahawa dia ingin kembali aktif dalam dunia seni dan telah mengambil keputusan untuk membuang kesemua tatu di badan yang dicacah sebelum ini.
Keith atau nama sebenarnya Foo Chuan Chin, dia nekad untuk melakukan perkara itu meskipun proses membuang tatu itu sangat menyakitkan.
Dia dalam pada itu turut memberitahu bahawa kini hanya 10 peratus tatu di badan telah dibuang dan masih banyak berbaki dalam mencapai matlamatnya itu.
Menjelaskan sebab sebenar dia melakukan prosedur itu, Keith menjelaskan bahawa dia tidak mahu menyusahkan kru produksi dengan keadaan badannya yang penuh tatu dalam menjayakan sesebuah watak.
View this post on Instagram
“Masih dalam proses untuk buang tatu. Rasa baru buang 10 peratus macam itu. Sakit memang sakit tapi saya hanya ingin jadi clean (bersih). Selain itu, sebab sekarang saya ingin kembali aktif dalam bidang lakonan, saya tidak mahu produksi rasa susah dengan saya yang banyak tatu untuk menjayakan sesebuah karakter.”
Keith turut memberi bayangan rasanya membuang tatu seperti kulit terbakar namun bersyukur kerana kini sudah ada teknologi terkini seperti laser.
View this post on Instagram
Pelakon yang mula terkenal selepas membintangi drama Ariana Rose ini sebelum ini didakwa ingin memeluk agama Islam selepas meluahkan hasrat untuk menanggalkan tatu namun menafikannya dan menjelaskan bahawa keputusan untuk melakukan perkara itu adalah kerana kehendaknya sendiri.