Ingin Jadi Muslimah Sejati, Mizz Nina Berhenti Menyanyi Sepenuhnya

Hiburan

Ingin Jadi Muslimah Sejati, Mizz Nina Berhenti Menyanyi Sepenuhnya

Keputusan yang amat mencabar namun itulah kekuatan seorang insan yang bernama Mizz Nina. Isteri kepada Noh Hujan ini telah pun mengambil keputusan untuk berhenti menyanyi sepenuhnya buat masa ini. Malah Mizz Nina juga telah membatalkan hasratnya untuk melancarkan album pop terbaru. Susulan itu, Mizz Nina kini memberi fokus sepenuhnya kepada fesyen yang merupakan jiwa buat dirinya.
mizz ninaKeputusan ini diambil oleh Mizz Nina sebagai satu usaha buat dirinya menjadi seorang muslimah sejati. Menarik juga kata-kata yang diutarakan oleh Mizz Nina tentang keputusannya ini. Kata Mizz Nina:-

Alhamdulillah, tidak berat sebenarnya membuat keputusan ini. Keputusan ini diambil bukan sekadar mengikut kesesuaian imej semata-mata tetapi ia lebih membabitkan mengenai kepercayaan saya terhadap Islam.

Kita tak tahu bila kita akan mati jadi buat masa ini saya ingin memberikan sepenuh fokus kepada fesyen yang merupakan jiwa saya. Namun kita tidak dapat meramal masa hadapan dan mungkin minat itu berubah ke arah lain pula.

Buat masa ini memang saya tidak mempunyai sebarang perancangan dalam bidang nyanyian. Pastinya saya menyokong 100 peratus kerjaya suami saya

Advertisement

mizz nina

Buat anda yang tidak tahu, Mizz Nina mempunyai jenama fesyennya sendiri iaitu Madeena. Banyak koleksi pakaian menarik boleh dilihat di kedai Madeena di Empire Damansara atau menerusi laman webnya www.madeena.my. Tahniah Mizz Nina atas keputusan ini. Semoga rezeki anda semakin murah. Sama-samalah kita doakan. Sumber BHPlus.

P.S: Lelaki ini tunggu teman wanitanya di stesen keretapi selama 2 dekad

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...