Setiap ibu bapa pasti mahu anak mereka membesar menjadi seorang insan yang berguna, bukan sahaja dari segi akademik tetapi aspek lain seperti adab dan agama. Oleh itu, ibu bapa perlu menunjukkan contoh dan teladan yang baik untuk dijadikan panduan anak-anak.
Harapan yang sama turut diluahkan oleh pelakon Elfira Loy yang mahukan anaknya, Muhammad Rayyan Khalaf menjadi anak yang soleh.
Mahu menjadi contoh yang terbaik buat putera sulungnya itu, Elfira yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-26, Elfira turut berazam untuk membaca satu muka surat Al-Quran setiap hari bersama anaknya.
Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semoga Rayyan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.