Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ingin Fokus Jebat Jayden, Noor Nabila Belum Sedia Kongsi Hal Sebenar Dengan Engku Emran

Kakak kepada personaliti terkenal Neelofa, Noor Nabila berkata dirinya kini belum bersedia untuk memberi ulasan lanjut mengenai gosipnya bersama bekas suami Laudya Cynthia Bella, Engku Emran.

Noor NabilaSumber : Instagram Noor Nabila  

Menurut Nabila, dia kini ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak tunggal hasil perkahwinannnya dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden.

Advertisement

Ujarnya lagi, dia hanya akan berkongsi cerita sebenar apabila sudah sampai waktu yang tepat namun pada kala ini, fokus utama hanyalah pada Jebat kerana ingin memastikan anak tunggalnya itu dibesarkan dengan penuh kasih sayang yang sempurna.

View this post on Instagram

A post shared by Noor Nabila (@noornabila)

“Apabila sudah sampai waktu yang tepat saya akan kongsikan, tapi sekarang fokus utama adalah anak saya. Jayden adalah cinta hati saya ketika ini. Saya ingin besarkan dia dengan penuh kasih sayang dan diberikan didikan dengan sebaik mungkin.”

Nabila dan Engku Emran sebelum ini didakwa mempunyai ‘sesuatu’ selepas tular sebuah video yang memperlihatkan bekas suami kepada pelakon Erra Fazira itu hadir di kediaman Nabila dipercayai untuk mengikuti sesi ceramah agama.

Advertisement
Noor Nabila Engku EmranSumber : FORUM CARI  

Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga dilihat sedang menikmati hidangan makan malam bersama ahli keluarga Nabila selepas sesi ceramah itu berakhir.

Malah, sebelum ini ada juga foto-foto berlegar di media sosial seperti kelibat mereka menjalani aktiviti berbasikal bersama-sama rakan-rakan yang lain.

Noor NabilSumber : Instagram Noor Nabila  

Terdahulu, Noor Nabila telah bercerai dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan dengan kemelut rumah tangga. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden.

Manakala Engku Emran  telah berpisah dengan personaliti Indonesia juga pada Julai tahun lalu selepas dua tahun berkahwin.

Engku Emran dan bekas isteriSumber : Google  

Engku juga mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya hasil perkongsian hidup bersama artis popular, Erra Fazira.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    March 12, 2021 at 10:11 am

    nabila ni takde la lawa mana pun.. muka kasar (matang a.k.a tua skit dr usia).. ex bini emran jauh lg lawa pn kne cerai.. ni kan pulak nabila.. hmm.. gelaran ENGKU mybe la kot byk duit.. so takde masalah klu nk masuk dalam mulut harimau.. good luck.. tgk muka anak beranak lopa pun aku dah seram..

  2. tecit

    March 11, 2021 at 3:50 pm

    hmmm i think maybe boleh laa engku emran ni geng dgn beradik lopak. but still die nampak behave sikit. nampak soft spoken banding adik badik lopak gelak kuat2 haha. pandai2 ang laa noo emran.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama