Tanggal 28 Februari lalu, pastinya menjadi detik indah buat pelakon Tasha Shilla yang sah bergelar isteri kepada pakar kewangan, Muhammad Atiq Idris. Lambat atau cepat jodoh itu di tangan Tuhan dan akhirnya Tasha menemui cinta sejati yang dicari-dicari selama ini.
Berkenalan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan diijabkabulkan di masjid yang sama, suami Tasha berkata dia tidak mahu memaksa dan akan memberikan ruang kepada isterinya untuk menjadi seorang wanita muslimah yang baik.
Enggan memaksa isterinya untuk terus berhijab, biarlah Tasha memakai tudung atas kesedarannya sendiri dengan keikhlasan hati.
Lagi pula benda berkaitan agama tak boleh paksaan. Saya tahu dia seorang artis, jadi saya dah bersedia sejak awal.
Selepas ini kita akan buat lebih banyak benda bersama, memperbaiki diri dan ikuti kelas agama dalam membina hubungan keluarga ini.
Advertisement
Perkenalan mereka yang singkat ini disifatkan sebagai cinta pandang pertama serta apabila Atiq mengambil keputusan untuk melamar Tasha menjadi suri hatinya selepas hanya dua bulan berkenalan. Mereka mengikat tali pertunangan pada 23 Februari lalu dan bernikah selepas lima hari bertunang.

yoon seri
March 3, 2020 at 8:36 am
past is past. congrats tasha & husband! #tilljannah
Anonymous
March 2, 2020 at 5:15 pm
alhamdulillah…nampak keikhlasan suami tasha ni…nmpk sgt dia sayang tasha…
korok
March 2, 2020 at 12:46 pm
bagus…x over nmpk ada malu2 walau dh sah…sama cantik sama padan
no name
March 2, 2020 at 11:57 am
nmpk mcm pelakon aidit noh plak dari tepi huhu gmbr last tu
Ratu Lada
March 2, 2020 at 11:56 am
Sebak pula baca post ni…
Semoga dirahmati Allah hubungan ini hingga ke Jannah