“Ingatlah Karma Akan Berlaku Buat Penyebar Kebencian” – Bekas Isteri Pelawak Harith Iskander

Hiburan

“Ingatlah Karma Akan Berlaku Buat Penyebar Kebencian” – Bekas Isteri Pelawak Harith Iskander

Bekas isteri kepada Harith Iskander, Dr. Jezamine Lim, yang juga pengurus kepada pelawak tersebut, mendedahkan bahawa keluarganya telah diugut berikutan kontroversi yang melibatkan Harith, yang didakwa menghina Islam. Jezamine berharap pihak yang menyebarkan kebencian terhadap Harith akibat isu ini akan menerima akibat atas perbuatan mereka.

Walau bagaimanapun, meskipun terkesan dengan situasi tersebut, Jezamine menyatakan bahawa dia tetap mendoakan agar individu-individu yang terlibat diberikan ketenangan hati gara-gara kes tersebut.

Advertisement

Ingatlah, karma akan berlaku. Apa yang anda beri, itulah yang anda akan terima. Kepada individu yang memuat naik komen keterlaluan sehingga mencetuskan kemarahan ini, saya berharap anda berani mengambil tanggungjawab.

Saya harap suatu hari nanti anda menemui ketenangan dalam diri sendiri, hati terbuka dan sedar tenaga yang digunakan untuk menyebarkan kebencian sebenarnya boleh dimanfaatkan bagi menyebarkan kasih sayang, empati dan kebaikan.

Ibu kepada tiga anak itu telah memuat naik hantaran di media sosial luahan perasaan bersama rakaman video latihan Harith Iskander bersama dua putera mereka sebagai gimik pembukaan untuk persembahan komedi berdiri di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) kelmarin. Namun, persembahan tersebut terpaksa dibatalkan selepas mereka menerima ancaman bunuh.

Jezamine percaya bahawa kontroversi yang timbul ini akan diselesaikan oleh pihak berkuasa dengan penuh telus. Dalam masa yang sama, dia turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang terus memberikan sokongan moral sepanjang tempoh sukar ini.

Terdahulu, persembahan Harith Iskander pada 25 Januari 2025 di DFP terpaksa dibatalkan selepas pasangan tersebut menerima ugutan bunuh, termasuk ancaman terhadap keselamatan anak mereka.

Jezamine berkata, keputusan tersebut diambil demi keselamatan walaupun mereka kecewa kerana dua anak mereka, Zander dan Zydane, yang terlibat dalam persembahan tersebut turut terjejas.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Caprice dedah ustaz buat gangguan seksual
2 weeks ago

Caprice 'Munafik Hunter' Dedah Ustaz Lakukan Gangguan S*ksual, Hantar 11 Video Tak Senonoh Kepada Isteri Orang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...