October 8th, 2010

rita rudaini

Rupa-rupanya dah hampir sebulan Aidil tidak balik dan melihat anak dan isterinya. Sejak raya hari itu, Aidil tak balik-balik ke Rumah. Kesian kat anak mereka berdua, Airit yang rindu kat si ayah. Kata Rita:-

[note]Tak apalah saya beraya dengan anak, walaupun kesedihan di hati ini, hanya Tuhan yang tahu. Cuma saya rayu kepada suami, luangkan sedikit masa menjenguk anak. 10 minit pun jadilah! Anak pun ada perasaan. Airit nampak macam sedih dan termenung, mungkin teringat bapanya. Tetapi apakan daya. Saya tidak boleh memaksa. Saya pasrah, mungkin inilah ketentuan Tuhan untuk diri saya.[/note]

Dan Rita melahirkan rasa kecewa kerana Aidil tidak membela dirinya. Kata Rita, sebagai suami Aidil sepatutnya bersikap lebih gentleman dan membela diri isterinya apabila diaibkan.

[note]Saya agak terkilan dengan sikap suami. Kecewa apabila dia hanya mendiamkan diri apabila saya diaibkan. Kenyataannya mahu berbincang dengan keluarga menunjukkan dirinya masih bergantung kepada keluarga. Dia suami. Sepatutnya dia melindungi saya, bukannya membiarkan saya sendirian macam ini[/note]

Dan sebenarnya sebelum membuat apa-apa kenyataan di suratkhabar, Rita dah pun menghantar SMS kepada Aidil untuk meminta kebenaran. Jawapan Aidil ialah “buatlah, lantak kau orang”. Pedih dan mengguris hati kan?

Sedih kami baca luahan seorang isteri yang tidak dipertahankan suaminya. Kami tak tahu siapa yang patut dipersalahkan dalam hal ini. Mungkin Aidil masih terlalu muda dan perlu nasihat daripada keluarganya sebelum membuat sebarang keputusan.

[note]Saya ialah isterinya, ibu kepada anaknya, Airit Rayyan Rizqin. Sepatutnya dia mempertahankan hak dan maruah saya yang difitnah, bukan membiarkan orang lain menentukan kehidupannya. Saya semakin tertekan, perasaan saya kini tidak menentu, sudahlah difitnah, suami pula bersikap seolah-olah lepas tangan.[/note]

Buat Aidil, Rita, keluarga mertua dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam kes ini, duduklah bawak berbincang. Jangan kerana ego sendiri anak yang menjadi mangsa. Masa kahwin beria nak kawin walaupun tak dapat restu, bila dah ada problem takkan nak larikan diri macam tue sahaja kot? Inikan asam garam rumahtangga.

Terima kasih kepada pembaca BeautifulNara yang menghantar link Berita Harian ini kepada kami. Kami doakan agar masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin.


Comments are closed.

Loading...