Ingatkan Senang Jual Barang Online, Rupanya TIDAK!

Hiburan

Ingatkan Senang Jual Barang Online, Rupanya TIDAK!

Seronok betul bila tengok member lain ‘masyuk’ je duit bila buat bisnes online melalui media sosial. Yalah, buka je Instagram mesti diaorang sibuk melancong sana sini atas hasil bisnes sendiri. Jealous betul! Nak jugak buat duit ‘juta-juta’ dengan mudah guna laman media sosial. Tapi tulah, renyah betul bila baru nak mulakan bisnes guna Instagram ataupun Facebook ni!

Banyak sangat platform media sosial nak jual tapi MANA SATU YANG ELOK?

Advertisement

Idea nak buat bisnes memang dah melimpah-ruah ni. Nak jual baju la, rice cooker la, sambal belacan hasil air tangan mak la. Tapi nak buat bisnes dekat platform media sosial yang mana satu. Jenuh nak kaji selidik tiap-tiap laman yang wujud dekat atas muka bumi ni. Mau habis basi sambal belacan sementara nak dapat hasil kajian laman media sosial mana yang best!

Sibuk Kerja Tetap, TIADA MASA Nak Handle Bisnes Online

Motif utama nak buat bisnes online guna media sosial ni sebenarnya kadang-kadang sebab nak tambah duit poket je kan? Yalah, dahlah hari-hari kena kerah tenaga dekat tempat kerja tapi bayar gaji ciput, acano nak support belanja korang tiap-tiap bulan? Nak beli mekap dengan skincare je dah lesap separuh duit dalam akaun bank. Jawabnya makan mee segera jelah start tengah bulan sementara nak tunggu gaji yang entah masuk entah tidak. So, buat bisnes online di media sosial untuk buat dapat lebih tapi macam mana nak uruskan kalau korang sibuk bekerja 24/7?

Lain Pelanggan, Lain Karenahnya

Korang ni dahlah sejenis yang pemalu, lepas tu kena berkomunikasi pula dengan ramai orang bila buat bisnes online di media sosial. Mesti stress kan? Bukan itu sahaja, ada pulak pelanggan yang stail tanya harga lepas tu terus hilangkan diri ke planet Marikh sehingga tak dapat dikesan. Kau pun taiplah dalam ruang sembang tu sorang-sorang seperti bersembang dengan dinding yang tiada balasannya. Tak kira pulak, pelanggan yang selagi boleh nak mintak diskaun sampai dah tinggal negatif lah harga barang tu. Alkisah, diaorang melompat gembira dapat harga murah teroks, korang menangis dalam selimut mengenang nasib malang sebab buat amal jariah yang tak balik modal langsung!

Sistem Pos Yang 4 Kali Seminggu Confirm Down! Pening!

Bila buat bisnes online menerusi media sosial, sah sahlah korang kena pos barang dekat pelanggan guna servis penghantaran kan? Tapi bayangkan dengan kereta comel korang, mampu ke angkut barang berkotak-kotak pergi pejabat pos? Silap hari bulan, belum sempat bawak barang masuk kereta, pinggang korang yang patah sebab berat sangat! Guna pulak servis pengambilan barang daripada rumah, tapi abang pick-up sampai ke sudah tak nampak batang hidung. Korang makan, tidur dan mandi depan pintu rumah pun, dia still tak kunjung tiba. STRESS!

Yang ada bisnes online guna media sosial, mesti tengah angguk tak berhenti lepas baca masalah ini semua kan? Korang pasti rasa macam “Admin ni tengah cakap pasal aku ke?”. Di hari yang serba indah ini, admin sebenarnya nak kongsikan satu rahsia ‘special’ punya dengan korang. Dah lama simpan rahsia ni, rasanya dah sampai masa admin bongkarkan ‘trick’ untuk menjual barang online di media sosial dengan mudah, cepat dan tak renyah langsung!

Pernah dengar tak tentang teleport.social? Tak pernah? Korang duduk dalam gua mana ni? Patutlah asyik makan hati je bila buat bisnes guna media sosial, sebabnya korang guna platform yang salah selama ini! teleport.social ini serius best weh! Ia merupakan satu medium yang dikelola oleh AirAsia dan cara penggunaannya sangatlah mudah dan tak memeningkan langsung apabila nak buat transaksi pembayaran dan barangan secara online.

Nak tahu tak sebab apa teleport.social ini adalah laman bisnes online paling gempak pada abad ini? Sebabnya ia memudahkan semua urusan di antara penjual dan juga pembeli. Tak payah susah-susah buka laman webnya untuk buat ‘deal’ dengan pembeli, korang boleh guna sahaja aplikasi seperti Instagram, Facebook atau pun Whatsapp untuk berurusan, bila dah confirm, boleh terus update di laman web teleport.social! Mudah gila sebab korang ada banyak option untuk bersembang dengan pelanggan dan tak restricted langsung.

Asyik buat bisnes dalam Malaysia sahaja dan nak cuba kembangkan jualan korang sehingga ke luar negara? Jangan risau kerana anda berada di tempat yang sepatutnya iaitu `l! Dengan platform ini, korang boleh terima pelanggan daripada seluruh negara ASEAN. Makin ‘masyuk’ la pendapatan korang bulan-bulan ya tak?

teleport social

Fuh! Suka betul bila admin dapat tahu kelebihan teleport.social yang satu ni. Bila korang masukkan sahaja informasi order di laman teleport.social, kedua-dua penjual dan pembeli terus dah boleh check update status pembayaran dan proses penghantaran barang tu. Maknanya korang tak payah risau sekiranya barang tersebut tak sampai ke tangan pembeli sebabnya korang boleh ‘usyar’ status apabila dia dah sampai ke destinasi yang sepatutnya.

teleport social

Yang ni paling best, untuk meringankan beban para penjual barangan online di media sosial, teleport.social telah menyediakan servis di mana mereka sendiri yang akan pick-up barangan daripada rumah penjual dan dihantar terus ke rumah pembeli pada keesokan harinya. Korang cuma perlu create order dan hantar order confirmation kepada pelanggan supaya mereka boleh buat pembayaran. Gila senang!

teleport social

Ramai Dah Gunakannya!

Kesemua pembeli yang dah gunakan perkhidmatan teleport.social ini rata-ratanya jatuh cinta pandang pertama! Proses pengurusan barangan dan penghantaran terlampau mudah sampai boleh buat sambil baring makan kuaci. Memang tip-top meletop!

Influencer terkenal seperti Michelle Lee dan Jessica Chaw pun pandai tau guna teleport.social sebabkan kemudahannya!

teleport social

teleport social

Kebanyakan pemilik bisnes yang menjadikan media sosial sebagai platform utama mereka telah pun berpindah ke laman teleport.social bagi menyenangkan urusan pembayaran, check status penghantaran dan juga penghantaran barang sehingga ke depan pintu rumah! Lenggang kaki betul!

Antara bisnes bijak yang dah mengunakan khidmat teleport.social:

teleport social

LADY QOMASH

teleport social

MUKA & CO

teleport social

THINK PEONY CO

teleport social

Mesti ramai penjual barangan online menerusi media sosial yang dah tergoda nak guna teleport.social kan? Cepat buka akaun business sekarang dan korang akan dapat 3 order percuma! Jadilah bisnes media sosial yang bijak dan layari laman web teleport.social untuk mendaftar!

Kalau nak pastikan hidup anda sebagai penjual barangan online di Instagram, Facebook mahupun Whatsapp senang-lenang sambil duit berkepuk-kepuk masuk, guna sahaja teleport.social! Pasti tak menyesal!



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...