Ingatkan ‘Scammer’, Peniaga Kek Lapis Terkejut Zizan Razak DM Nak Borong Banyak & Sedekah Ke Masjid

Hiburan

Ingatkan ‘Scammer’, Peniaga Kek Lapis Terkejut Zizan Razak DM Nak Borong Banyak & Sedekah Ke Masjid

Seorang individu yang berniaga secara kecil-kecilan berkongsi tentang kebaikan pelakon, pelawak dan pengacara terkenal, Zizan Razak yang membeli produk dijualnya baru-baru ini.

Menerusi platform Threads, wanita berkenaan telah memuat naik tangkap layar perbualannya dengan selebriti berkenaan yang menghubunginya untuk membeli kek lapis.

Advertisement

Katanya, dia membuat siaran langsung di TikTok untuk mempromosikan kek lapis itu pada waktu tengah malam dan ketika jam 2 pagi tiba-tiba Zizan memberi komen.

Sambil saya melapis, saya buat live kat TikTok. Tak meriah pun audience, adalah dalam 8-10 orang. Jam 2 pagi macam tu, tiba-tiba Zizan Razak masuk dalam live.

wanita jual kek lapis

wanita jual kek lapis

Pada awalnya, dia menyangka akaun itu adalah palsu dan bukan Zizan Razak yang sebenar apatah lagi individu tersebut terus memintanya nombor akaun bank.

Selepas siaran langsung tamat, dia mendapat mesej daripada Zizan yang meminta nombor akaun dan memaklumkan mahu bersedekah di masjid.

wanita jual kek lapis

Saya beli, nanti awak hantar dekat masjid atau surau terdekat. Terima kasih kerana beri peluang saya sedekah dengan izin Allah.

Zizan kemudian mendoakan agar bisnes dijalankannya berkenaan berjalan lancar dan begitu juga wanita itu yang mendoakan agar urusan pelawak tersebut dipermudah.

zizan razak support biz kecil di TikTok

 wanita jual kek lapis

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nora danish pesanan buat wanita membawang
2025-01-31 11:06:31

Nora Danish Ada Pesanan Buat Wanita Yang Suka 'Membawang' - "Banyakkan Istighfar Dan Sedekah"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...